Ramai pelajar UiTM yang hadir dalam satu taklimat mengenai GST hari ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Datuk Ahmad Maslan yang disifatkan tidak menjawab persoalan mereka mengenai GST.
Sebaliknya, Ahmad Maslan seolah-olah menghentam pihak pembangkang pada sesi soal jawab bersama dengan para pelajar UiTM Shah Alam.
"Kerajaan mesti terangkan dulu (pada pelajar). Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST.
"Sejak pelaksanaan GST, terasa sangat kesannya, terutamanya top-up (kredit telefon bimbit) dan makan. Kerajaan macam tak ambil kira semua aspek. Kami tidak ada kemudahan untuk masak.
"Jadi, betul-betul bergantung kepada makanan yang disediakan universiti," kata Maziah Mazli, 21, yang mengulas saranan Ahmad kepada mereka supaya selalu memasak dan tidak makan di luar untuk mengelakkan GST.
Namun, pengendali laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir berpendapat, mungkin di zaman Maslan belajar di UKM larangan memasak di dalam hostel masih tidak dikuatkuasakan.
"Mungkinlah kerana UiTM hampir kebanyakkan student tidak tinggal di Hostel kerana tak cukup untuk menampung jumlah pelajar. Tapi tak kan lah seteruk itu detachment Ahmad Maslan dengan generasi zaman sekarang?
"Sampai tak tahu Hostel universiti dah tak ada dapur dan dilarang memasak? Pantri di UiTM terutamanya di Shah Alam banyak telah ditutup atas risiko kebakaran dan lain-lain," kata pengendali laman berkenaan yang tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan itu.
Tambahnya lagi, para menteri kabinet Najib sepatutnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menjelaskan GST kepada Jabatan Kastam kerana itu adalah tugas jabatan berkenaan.
"Yang lain-lain itu, andai sudah di luar bidang tugas tak perlulah jadi jaguh dan nak claim credit keluar kenyataan. Sampai keluar kenyataan yang membinasakan diri sendiri," katanya.
Manakala reaksi rakyat pula senada mempersoalkan, bagaimana manusia 'sebijak' Ahmad Maslan ini boleh dilantik menjadi menteri?
No comments:
Post a Comment