Penjelasan bahawa jet kerajaan diperlukan demi keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diterima, kata bekas pemimpin nombor satu negara Tun Dr Mahathir Mohamad.“Adakah ia akan menghentikan penculikan dan pencerobohan biasa di Sabah atau penyeludupan senjata di sepanjang sempadan di utara?
“Atau keselamatannya untuk orang yang terbang dalam jet peribadi sahaja?” soalnya dalam blog hari ini.
Beliau juga membangkitkan serangan pengganas di negara ini yang menyebabkan kematian kepada anggota polis dan tentera dalam negara.
Mahathir (kiri) membangkitkan berhubung pembelian jet mewah itu sama ada ia menandakan negara ini mementingkan keselamatan rakyatnya.
“Sungguh memalukan apabila kita tidak dapat pastikan keselamatan rakyat kita sendiri,” katanya lagi.
Lahad Datu di Sabah diceroboh pada Februari 2012 dan berlaku insiden penculikan di Sabah yang dikaitkan dengan pengganas daripada selatan Filipina.
Terbaru pada 14 Mei, dua rakyat Malaysia diculik di Sandakan walaupun kerajaan memperuntukkan RM660 juta setahun untuk projek Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
-
Jika niat d hati berjuang kerana Allah swt...mati shahid kerana mempertahankan tanah air tetapi jika kerana mu 1M.....jahanam....Mudah2a...
5 comments:
Buat apa nak peduli keselamatan rakyat. Rakyat miskin buat apa nak pedulikan. Beli jet repair jet lagi baik. Boleh naik jet jalan2 shopping beli beg beli jam beli cencen kat luar negeri lagi best. Rakyat beli kangkong tepi parit dah cukup sebab tak perlu bayar gst kangkung.
Nampaknya ilmu madey lebih tinggi drpd abdul hadi.......setakat ni tiada sebarang komen dr abdul berkaitan keselamatan rakyat malah memuji kesungguhan najib....betul ke ni. Lagi Tololnya mursyidul 3/4 MS Pas turut sokong najis PM.......zaman TGNA memng dah kena hasan ali dah mursidul majlis sura' ni!
ini adalh ujian allh kepada yang bersatatus ulamak.tak terfikir di akal kita bagaimana ulamk2 ini dihina setaip hari,malahan ulamak2 ini langsung tidak dihormati oleh kaum agamna lain tidak seperti TOK GURU NIK ABDUL AZIZ yangmnan beliau dihormati oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.didunia lagi mereka mendapat penghinaan.
ini mesti najib selalu tngk citer omputih...dia dah prepare untuk dia ank beranak duduk dalam kapal terbang tu kalau ada apa2 berlaku...
Najib pelawak paling hebat abad ini..
Post a Comment