Nuffnang

Thursday, August 13, 2015

BUDAK 5 TAHUN PARAH DITETAK LEBIH 30 KALI


CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah akibat ditetak oleh ibu tirinya sebanyak 30 kali, lapor SKYNEWS.

Difahamkan, mangsa yang berusia 5 tahun ditinggalkan dengan bapa saudaranya, Ma, pada pagi Ahad, sementara bapa kandungnya pergi bekerja.

Pada jam 9.00 pagi, ibu tirinya, Miao memberitahu lelaki itu bahawa dia perlu membersihkan mangsa kerana nampak comot, sebaliknya dia telah menetak mangsa lebih dari 30 kali.

Video yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan mangsa berdiri jalanan dengan badannya yang berdarah sebelum dibantu oleh seorang wanita yang cuba menghentikan pendarahannya itu.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Lapor media tempatan, Miao berkahwin dengan bapa mangsa dan mempunyai seorang anak perempuan. Anak perempuan mereka disahkan menghidap kanser perut dan suspek cuba membunuh mangsa agar suaminya lebih mengambil berat terhadap anak perempuan mereka berbanding mangsa.

Mangsa dibawa ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Bapa dan ibu kandung mangsa ketika ditemui di luar dewan bedah menangis apabila mengetahui kejadian yang menimpa anak mereka.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengapa mangsa tinggal bersama dengan bapa saudaranya itu.


Gambar mangsa menerima puluhan jahitan di badannya menimbulkan kemarahan netizen di China sehingga ada yang tergamak berkata, "Saya takkan sedih kalau pelakunya mati!". - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung