SHAH ALAM - Umno beri surat tunjuk sebab kepada Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah selepas hadir pelancaran Pakatan Harapan hari ini.

Ia disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang turut memaklumkan dihantar petang ini dan Saifuddin mempunyai 14 hari untuk memberi maklum balas terhadap surat berkenaan, lapor sebuah portal.

"Kami sudah hantar surat (tunjuk sebab) untuk bertanya kepadanya kenapa dia menghadiri program pembangkang dan dia mesti memberikan jawapan dalam tempoh 14 hari.

"Jika dia tidak berbuat demikian, dia akan dibawa ke Lembaga Disiplin yang akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya
.