Nuffnang

Saturday, October 3, 2015

Lalui Pengalaman Haji Jadikan Nabil Lebih Bersyukur











Nabil Ahmad ketika di salah satu lokasi ketika menunaikan haji. Foto ihsan Instagram Nabil.
PETALING JAYA: Pengalaman mengerjakan ibadah haji buat kali pertama menjadikan Nabil Ahmad lebih bersyukur selepas melihat pelbagai kesusahan dilalui jemaah lain untuk   melengkapkan rukun Islam kelima itu.

Nabil, 32, berkata, terdapat jemaah haji yang serba kekurangan  melaksanakan tanggungjawab mereka termasuklah ada yang terpaksa tidur di tepi-tepi jalan dalam keadaan serba kekurangan.

"Saya paling terkesan apabila melihat jemaah haji  lain yang bersusah payah ke sana (Mekah)  dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidur di tepi jalan.

“Saya naik bas ke Mina, mereka berjalan kaki dalam keadaan panas terik. Bukan semua orang senang seperti jemaah Malaysia yang diurus dalam keadaan sempurna,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.


Nabil (empat dari kiri) bersama rakan-rakan jemaah haji.

Nabil berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan haji menerusi penerbangan akhir iaitu pada 29 September lalu dan tiba ke tanah air kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Kata Nabil sepanjang mengerjakan Haji Ifrad itu, ibadah yang dilakukannya berjalan lancer dan sempurna.

Namun dia hanya menghadapi ujian berhadapan cuaca yang panas sehingga nyaris demam.

"Cuaca di sana sangat panas dan saya hampir nak demam. Mujurlah saya makan macam-macam ubat  untuk memastikan badan sihat agar dapat beribadat dengan sempurna," katanya.

Mengenai insiden rempuhan ketika jutaan umat Islam sedang menunaikan ibadah melontar Jamrah di Mina pada 24 September lalu, kata Nabil, dia menerima kejadian itu dengan hati yang terbuka dan positif.

"Apa yang saya boleh katakan, saya terima kejadian itu dengan hati terbuka. Bagi saya, kejadian itu hanya penyebab sahaja dan saya cemburu kerana mereka dapat meninggal dunia di Mekah ketika sedang beribadat," tuturnya.

Kejadian rempuhan itu berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung