Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita berhadapan hukuman penjara atau denda kerana merakam aksi suaminya yang didakwa curang dan menyebarkannya ke laman sosial Selasa lepas.
Menurut Emirates247, video berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang memeluk dan mencium seorang pembantu rumah.
Menurut peguam Majid Qaroob, wanita yang tidak dinamakan tersebut boleh dipenjarakan setahun.
"Wanita tersebut berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi maklumat," kata Majid.
"Undang-undang ini memastikan hukuman tegas kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peralatan lain untuk merakam gambar individu lain dan menfitnah mereka,” kata Majid.
Akhbar tempatan 'Sada' mendakwa video tersebut kini viral di laman sosial dimana warga maya menyuarakan sokongan terhadap wanita tersebut
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
.
No comments:
Post a Comment