Nuffnang

Monday, October 12, 2015

TONTO Dipercayai Hendak Bunuh Pegawaai Kastam. Bergambar. [ 5 Keping ]



KANGAR - Tiga anggota Kastam Diraja Malaysia (KDM) mengalami kecederaan akibat dilanggar dengan sengaja oleh seorang individu yang dipercayai Tonto, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.20 petang itu, salah seorang anggota Kastam, Mohd Safawi Rusdi, 27, tercampak keluar dari kereta setelah kereta yang dipandu oleh rakan sekerja, Abdullah Ayob, 36, terbabas kerana dilanggar tonto. Manakala Mat Zoher Mohd Saad, 47, yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan di bahagian tengkuk. 
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Difahamkan, ketiga-tiga anggota Kastam terbabit sedang menjalankan tugas dalam operasi penyeludupan minuman keras. 

"Semasa mereka berada di sebuah warung kopi, mereka telah menerima maklumat daripada Pejabat Kastam Padang Besar, yang mana tiga buah 'pikap' dan sebuah kenderaan jenis Proton Perdana warna hitam telah masuk. 

"Mereka telah menunggu dalam kenderaan Pasukan Kastam jenis Honda Odyssey. Mangsa memaklumkan sebuah kenderaan Proton Perdana yang dipercayai tonto telah menghalang mereka daripada mengekori tiga 'pikap' tersebut.

"Bagaimanapun mereka berjaya memintas Perdana itu ketika di Pos Pengawal UPP Padang Besar. Tetapi telah dilanggar beberapa kali di bahagian belakang kereta menyebabkan Abdullah Ayob gagal mengawal kenderaan lalu terbabas," katanya. 

Menurut pemandu berkenaan, dua buah 'pikap' menghalal ke kaki bukit dan sebuah lagi 'pikap' menghala ke Jalan Kangar. Kereta Perdana yang melanggar mereka tidak diketahui ke mana arah tujunya. 

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Kangar untuk mendapatkan rawatan. 

Semakan ke atas nombor kenderaan Proton Perdana itu mendapati kereta itu dimilik oleh sebuah Syarikat GLX Auto Mart Sdn Bhd. - THEHYPEMEDIA.COM






No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung