Nuffnang

Tuesday, October 27, 2015

VAPE Haram DiDaftar SeBagai Bagasi


PUTRAJAYA - Berkuatkuasa serta merta, penumpang yang memiliki rokok elektronik atau vape diminta menanggalkan bateri bagi mengelakkan kejadian bateri vape terbakar di dalam pesawat berulang lagi.

Larangan itu dibuat susulan kejadian bateri vape meletup di dalam pesawat Malindo Air, Sabtu lalu.

Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) juga tidak membenarkan vape didaftarkan sebagai bagasi tetapi dibenarkan dibawa naik ke dalam pesawat.

Penumpang juga dilarang mengecas bateri vape menggunakan port USB di TV tempat duduk dalam pesawat. 

"Kami difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang menjalankan kajian bagi menguatkuasakan peraturan-peraturan berkenaan," kata kenyataan media MAHB. 


Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, beteri vape hendaklah dipisahkan daripada vape dan disimpan dalam bekas penyimpanan yang sewajarnya. - 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung