TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Akibat kelalaian seorang ‎ibu menyebabkan anak bongsunya menjadi mangsa perbuatan ganas ‎oleh abang dan kakaknya.
Bayi malang yang baru berusia 19 bulan itu ditemui mati 'dimasak' oleh abang dan kakaknya di dalam ketuhar selepas mereka ditinggalkan bersendirian di rumah.

J'zyra Thompsin ditemui dalam keadaan melecur teruk di dalam ketuhar di rumahnya di Houston, Texas.
Menurut kenyataan mahkamah, kakak J'zyra yang berusia tiga tahun memberitahu Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) bahawa dia meletakkan mangsa di dalam ketuhar, sementara abangnya memanaskan ketuhar itu.

Ibu mangsa, Racquel Thompson, cuba melakukan bantuan pernafasan tetapi gagal kerana bayi berkenaan mengalami kesan melecur yang teruk.
Racquel dikatakan meninggalkan anak-anaknya di rumah kerana pergi makan di restoran makanan segera bersama teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tinggal berdekatan.
"Dia seorang cucu yang sangat baik, insiden ini sukar diterangkan," kata nenek J'zyra, Gina Dennis dipetik Daily Mail
.