BERLIN: Anak kapal dan penumpang pesawat Lufthansa berjaya menghalang seorang lelaki yang cuba membuka pintu kabin penerbangan dari Frankfurt menuju Belgrade pada Ahad.
Perkara itu didedahkan pesawat yang berpangkalan di Jerman dengan menegaskan keselamatan penerbangan itu tidak terancam.
"Seorang penumpang bangun dan cuba melakukan sesuatu di pintu, namun berjaya dihalang anak kapal dan penumpang lain.
"Penumpang itu kemudiannya dikawal sepanjang penebangan itu di tempat duduknya dan diserahkan kepada pihak berkuasa di Belgrade.
"Ia adalah pintu biasa yang sudah semestinya tidak boleh dibuka semasa penerbangan, ia bukan pintu kokpit.
"Keselamatan pesawat itu tidak terancam dan ia selamat mendarat di Belgrade," kata jurucakap penerbangan itu, Andreas Bartels.
Bartels bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mahupun warganegara penumpang tersebut.
Sebuah stesen televisyen Serbia melaporkan polis telah menahan seorang lelaki warga Jordan selepas cuba memasuki pintu kokpit pesawat Lufthansa.
No comments:
Post a Comment