Maksud Perjanjian TPPA Kebaikan & Keburukan Malaysia
By melvister. Under isu semasa
Apa maksud perjanjian TPPA beserta kebaikan dan keburukan terhadap Malaysia. TPPA atau nama penuh Trans Pacific Partnership Agreement adalah perjanjian melibatkan 12 buah negara dalam bidang utama iaitu ekonomi. Perjanjian TPPA merangkumi perdagangan bebas melibatkan semua 12 negara yang terlibat. Dalam erti kata lain, ianya merupakan perjanjian perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan 11 rakan perdagangannya.
Maksud Sebenar Perjanjian TPPA
TPPA adalah perjanjian terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA menjadikan kesemua 12 negara yang terlibat boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka.
Senarai Negara Terlibat Perjanjian TPPA
Melibatkan perjanjian antara Amerika Syarikat dan 11 buah negara antaranya adalah Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
Kebaikan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
- Memudahkan pasaran Malaysia memasuki pasaran luar negara
- Mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat
- Duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan dibawah TPPA
- Meningkatkan peluang pekerjaan di negara yang menyertai perjanjian TTPA
Keburukan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
- Kos Ubatan Meningkat: Harga ubat akan menjadi lebih mahal kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.
- Syarikat Gergasi Monopoli: Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara.
- Penindasan Pekerja Tempatan: Golongan petani terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini.
- Perlindungan Harga Intelektual: TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
- Filem Lucah Tidak Boleh Dihalang: Tiada lagi penapisan filem kerana ianya sebagai halangan perdagangan bebas cukai.
Sumber: Maksud Perjanjian TPPA Kebaikan & Keburukan Malaysia | melvister.com
No comments:
Post a Comment