Nuffnang
Saturday, May 7, 2016
Ya Allsh ,Apa Yang Telah Aku Lakukan Ini..
Hari ini isteri masak. Setiap hari isteri memasak. Tetapi bila call suami tanya pukul berapa balik rumah, suami kata tak tahu lagi. Tunggu punya tunggu, tak balik-balik. Bila call lagi, isteri kena tengking. Bila isteri menangis, suami kata,
"Itu sajalah modal awak. Air mata saja. Malas nak layan,"
Kata-kata itu membuatkan si isteri mula tawar hati.
Suami balik, isteri rasa gembira sangat sebab bosan duduk di rumah. Tiap-tiap hari aktiviti sama. Suami balik, cakap letih. Bila isteri tanya,
"Macam mana kerja abang hari ini?"
"Boleh tak jangan tanya?! Abang letih!" katanya.
Isteri mendiamkan diri. Yelah, siapa suruh tanya waktu suami tengah letih?
Selepas itu, suami tidur, isteri pula menyiapkan makanan. Bila suami bangun, isteri gembira nak bersembang-sembang. Isteri tanya macam-macam.
"Boleh diam tak? Orang nak makan!" katanya.
Habis makan, isteri cuba nak bermanja-manja lagi.
"Saya nak tengok televisyen pun tak senang," rungut si suami.
Tawar hati isteri. Entah bila masa yang betul nak sembang. Tetapi isteri diam dan tak melawan.
Suami gembira sebab nak bawa adik-adiknya datang duduk serumah. Dia seronok bila adik-adik dia ada, rasa meriah katanya. Tetapi isteri di dalam hati berkata,
"Aku ini membosankan dia ke?"
Tetapi isteri tetap mendiamkan diri. Adik-adik ipar datang, buat rumah macam hotel. Tak ada nak menolong menyapu rumah ke apa. Lepas itu, bila bil elektrik melambung naik, isteri yang dipersalahkan oleh suami. Kenapa tak minta adik-adik dia bayarkan sikit?
"Saya ini sudahlah berkhidmat untuk adik-adaik awak macam orang gaji,"
"Okaylah, kita ambil orang gaji," kata suami.
Selepas itu, bila ambil orang gaji, yang seronoknya adik-adik ipar. Suruh macam-macam, gajinya si abang yang bayar. Di belakang, orang gaji menghasut. Katanya,
"Si isteri ini cerewet. Suka beri banyak kerja,"
Terdengar hasutan mereka, isteri mengadu pada suami.
"Eh? Semua benda ini remeh temeh. Saya tak nak layanlah awak ni," katanya.
"Aduhai suamiku, belalah nasib isterimu ini," bisik isteri dalam hati yang sudah semakin tawar.
Ada suami tetapi macam tak ada. Kena pula menghadap adik-adik ipar yang langsung tak reti hormat orang. Isteri sekali lagi mendiamkan diri.
Bila hati sudah tawar, isteri pun mula rasa nak mencari seseorang yang berbual, yang boleh mendengar isi hatinya. Orang yang boleh bertnaya "awak dah makan ke belum, apa awak nak buat hari ini,".
Jadi mulalah isteri melayari pelbagai aplikasi yang ada. Tak mencari lebih, cuma nak mencari teman yang sudi mendengar, ambil berat, yang boleh membuatkan diri ini disayangi.
Bila isteri fikir-fikir balik, "saya ini cantik, kelulusan tinggi, berkorban demi suami,tak bekerja demi menjaga anak di rumah. Saya tak layak dilayan seperti ini," katanya.
Isteri mula berjinak-jinak dengan WeChat, mencari teman. Ada orang tegur, ajak bersembang. Isteri mula bersembang-sembang. Seronok tetapi hanya untuk 5 minit sahaja. Hati isteri sudah mula rasa bersalah.
"Ya Allah, apa aku dah buat ini?" fikirkan yang terus membuang aplikasi WeChat dan bertaubat.
Alangkah baiknya jika suaminya tahu bahawa isteri dia adalah isteri yang sungguh baik. Hargailah dia wahai suami, kasihanilah dia yang memendam rasa. Taatnya dia pada kau yang langsung tidak menghargainya.
Ucapan selamat hari ibu pun tak ada kau ucapkan padanya. Tawarnya hati isteri tetapi mujurlah ada Allah. Kuatlah isteri demi anak-anakmu. InshaAllah kesusahanmu akan dibalas dengan nikmat yang tidak terhingga di akhirat kelak. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
-
Dua ekor kambing yang ditahan di dalam kereta polis di Kent, Washington. - Instagram WASHINGTON – Dua ekor kambing ditahan polis selepas m...
No comments:
Post a Comment