Nuffnang
Saturday, June 11, 2016
Inilah Puncanya Riders Malaysia d Tembak D Thailand
"Kalau nak tengok masa depan masyarakat lihatlah remajanya"
Remaja di Satun dan di Thailand agak agresif dan tidak boleh ditegur.
Penulis telah awal awal diberi amaran oleh penduduk kampung ketika baru mula menetap disini. Jangan melarang , menengah atau mencampuri urusan remaja yang lebih dikenali sebagai "wairun" dalam bahasa Thai .
Jika terlihat mereka hisap dadah didepan mata atau membunuh , cuba pejamkan mata dan hindari dari melihat. Begitulah pesanan bersungguh sungguh masyarakat disini.
Suatu hari adik ipar perempuan penulis, datang ke rumah dengan memandu kereta . Dihalaman rumah penulis ada empat dan lima buah motosikal " wairun" yang pakir. Kebetulan di depan rumah penulis ada " port " remaja.
Adik ipar penulis , turun kereta dan panggil mereka mengubah motosikal tetapi mereka membantah. Pertengkaran berlaku sehinggakan mereka ugut untuk menembak .
Dipendekkan cerita , campurtangan dari pihak ketua masyarakat digunakan untuk mereda ketegangan. Suasana jadi tenang semula.
Persoalan Penulis : Kenapa ketua masyarakat tidak menasihati anak anak remaja itu , dari menjauhi perkara "buruk" yang remaja lakukan di "port" mereka ?
**** fikir sendiri apa yg dilakukan di port bawah rumpun buluh di tebing sungai ****
Cerita kedua.
Suatu petang yang damai , sedang penulis membersihkan daun daun kayu yang gugur di halaman rumah, datang sekumpulan lelaki berserban dan berjubah.
Assalamualaikum Cikgu , tegur mereka.
Waalaikumsalam , saya menjawab.
" Pas asar tadi cikgu kalut sangat keluar dari masjid, tak dan bersama di majlis kami. Kata seorang lelaki.
Oh saya nak balik, lagipun saya tak paham , hangpa semua cakap siam. Dari buang masa , baik saya balik buat kerja rumah. Terang saya.
" Baiklah cikgu , malam ni kita ramai ramai memeriahkan masjid, ada majlis yang sangat penting. Cikgu jangan tak hadir pula. Kata seorang lelaki.
" Satu lagi cikgu , kami nak ajak cikgu keluar dakwah barang 3 hari bolehkah, katanya lagi.
Saya pun menjawab dengan tersenyum.
" Ni pakcik dah dua malam nampak saya kat masjid, awat dok mai ajak saya lagi. Sepatutnya pakcik pi la ajak wairun hat dok tepi sungai tu. Depa yang perlu didakwah, bukan saya.
Lagi satu pakcik, saya dah 2 tahun keluar dakwah , tak balik rumah. Saya keluar bawa anak bini dan tak abaikan mereka" .
Mereka tersipu sipu , menghulur tangan dan berlalu pergi.
Urutan kisah di atas, tak mustahil Arwah Nizam di tembak atas perbuatan memotong motor dan memeranjatkan Wairun Thai.
Sikap masyarakat yang membuat remaja hilang jatidiri dan inilah masa depan remaja melayu satun dan jangan terkejut bahawa bahasa melayu akan terus hilang dibumi yang paling hampir dengan negeri melayu.
...... dan inilah perjuangan saya.....
Selamat Berbuka Puasa. Doakan saya agar saya dimurahkan rezeki bagi meneruskan perjuangan solo , memartabatkan bahasa melayu. aamiin.
#ramadhansatun3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apab...
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu...
-
ada dok org gerik perak yg boleh sahkan cerita ini? Malaysiakini- Naga putih ditembak mati. Gerik, Perak. Seekor naga telah ditemb...
-
susah kalu jenis manusia bebal ni .. org suruh undi pr org nk bg tol free dia undi umno .. pastu duk tuntut ttp tol plak.. Tak cerdik ...
-
LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin. BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibu...

No comments:
Post a Comment