Nuffnang
Tuesday, June 14, 2016
Perghhh.(7 Gambar) Lamborghini Centenario dijual pada harga RM7.75 juta, 0 - 99km/j Dalam Masa 2.8 Saat
LOS ANGELES, 13 Jun – Sebuah kereta Lamborghini Ultra Centenario buatan AS yang dikatakan terpantas dan paling jarang ditemui dipamerkan buat kali pertama kepada oarng ramai di Muzium Automotif Petersen di sini kelmarin.
Kereta terbabit mampu bergerak dari 0 ke 99 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 2.8 saat dan boleh mencapai kelajuan sehingga 349km/j.
Bagaimanapun, kereta berharga AS$1.9 juta (RM7.75 juta) itu dikeluarkan dalam unit terhad iaitu sebanyak 40 buah sahaja seluruh dunia.
Lamborghini berkenaan dinamakan sebagai Centenario sebagai pengiktirafan 100 tahun ulang tahun kelahiran pengasas syarikat itu, Ferruccio Lamborghini yang lahir pada 28 April 1916.
Centenario dilengkapi 776 kuasa kuda iaitu enjin paling berkuasa yang pernah dibina oleh syarikat itu selain menggunakan kerangka karbon fiber menyebabkannya ringan serta tampil dengan aerodinamik terkini.
Kereta mewah itu bagaimanapun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisinya terutamanya dari segi reka bentuk yang tajam pada bahagian hadapan dan sayap pintu. – Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apab...
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu...
-
susah kalu jenis manusia bebal ni .. org suruh undi pr org nk bg tol free dia undi umno .. pastu duk tuntut ttp tol plak.. Tak cerdik ...
-
ada dok org gerik perak yg boleh sahkan cerita ini? Malaysiakini- Naga putih ditembak mati. Gerik, Perak. Seekor naga telah ditemb...
-
LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin. BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibu...







No comments:
Post a Comment