SHIZUOKA - CHUBU. Jari manusia ditemui dalam semangkuk mi ramen yang dihidangkan di sebuah restoran di sini bulan lalu.
Pusat Kesihatan Awam tempatan berkata, seorang pekerja sambilan dipercayai tidak sengaja memotong ibu jarinya semasa menghiris daging babi di kedai makan itu.
Pada 10 September lalu, seorang pelanggan perempuan terkejut selepas menjumpai ibu jari dalam mangkuk sup ramen yang dihidangkan kepada anaknya ketika menikmati makanan itu di rangkaian restoran terkenal yang dikendalikan Kourakuen Holdings.
Ibu jari tersebut bersaiz 0.7 sentimeter panjang dan 1 sentimeter lebar dengan kuku.
Pusat kesihatan dimaklumkan mengenai kejadian itu dua hari kemudian dan mengarahkan kedai terbabit mensterilkan alatan dan memeriksa kesihatan pekerjanya.
Sementera itu, Presiden Kourakuen Holdings, Norihisa Takeda berkata, pihaknya menerima laporan bukan sebahagian ibu jari yang ditemui dalam sup ramen tetapi kuku.
"Bagaimanapun, syarikat akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku," katanya dipetik Japan Today.

No comments:
Post a Comment