Nuffnang

Monday, October 17, 2016

Perghh : Kos Rawatan RM32,800 Tak Munasabah, Anak Buat Laporan Polis

Sumber gambar, Harian Metro

ALOR GAJAH - Susulan kes kos rawatan tidak munasabah yang dikenakan oleh sebuah pusat perubatan 
Islam viral di media sosial, lelaki yang memuat naik gambar invois rawatan tersebut membuat laporan 
polis untuk tindakan lanjut, lapor Harian Metro

Muhammad Sholehin Md Saad, 22, berkata, dia menemui alamat pusat rawatan itu selepas membuat
 pencarian di internet kerana mahu mengubati ibunya yang mengadu sakit kaki semenjak Selesa lalu. 

Menurut Sholehin, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana pusat perubatan yang lain ramai pelanggan 
dan hanya Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi sahaja yang beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. 
Kedatangan mereka disambut oleh seorang lelaki bernama Am dan memaklumkan kepada mereka 
bahawa rawatan yang diberikan adalah berbayar. 

"Memandangkan kami datang dari sejauh 61.3 kilometer dari Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah ke
 pusat rawatan Islam terbabit, mahu atau tidak kena teruskan berubat kerana ibu (Sardiah Wahab, 46) 
mengadu sakit. 

"Saya memang terperanjat apabila dimaklumkan perlu membayar RM300 untuk proses imbasan ke atas 
ibu yang menanggung rasa tidak selesa akibat kesakitan. 

"Lelaki itu kemudian bertanya berulang kali sama ada mahu meneruskan atau tidak rawatan, menyebabkan
 saya yang ditemani oleh isteri dan abangnya, Muhammad Saddan, 25, mengumpul duit yang ada ketika 
itu untuk berubat," katanya. 

Selepas proses mengesan penyakit selesai, Sholehin dimaklumkan bahawa ibunya terkena sihir iaitu patung 
dililit dawai berduri di bahagian kaki yang mengakibatkannya terasa sakit dan mengalami masalah saraf. 

Lelaki itu kemudian menunjukkan invois senarai setiap rawatan yang perlu dijalani ibu dengan kos 
RM32,800 dan sekali lagi bertanya berulang kali sama ada mahu meneruskan rawatan atau sebaliknya. 

"Kerana tidak mampu, kami minta jumlah itu dikurangkan kepada RM22,000. Melihat kami berbincang 
agak lama, ibu saya bertindak menyerahkan gelang tangan emas yang dipakainya kepada lelaki itu," katanya. 

Apabila ditanya mengenai caj rawatan yang mahal, lelaki itu menyatakan jumlah itu adalah kos 
ditanggung ke atas pesakit sepanjang rawatan sehingga sembuh sepenuhnya. Malah, dia turut menawarkan 
air Yasin untuk mandian dan diminum pada harga RM40 sebotol. Namun Sholehin mengatakan bahawa mereka
 kehabisan duit dan akhirnya air itu diberikan secara percuma. 

Susulan viralnya invois itu di media sosial, Sholehin telah dihubungi beberapa wakil pusat perubatan
 Islam lain yang turut menawarkan bantuan untuk merawat ibunya. 

Sementara itu, Sardiah berkata, dia pada mulanya menyangka anaknya bergurau mengenai kos rawatan tersebut. 

"Mahu tak mahu, saya serahkan rantai tangan berharga RM4,000 itu agar rawatan dapat diteruskan 
memandangkan kami sudah berusaha separuh jalan," katanya. - The Reporter

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung