KOTA BHARU - Selepas penahan Ika Ikora, seorang wanita dikenali Nadia masih dijejaki polis bagi membantu siasatan berkait kes rakaman viral wanita yang dipukul dalam keadaan bogel di sebuah hotel di Golok, Thailand.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dan meminta wanita berkenaan untuk tampil bagi membantu pihak berkuasa dalam menyelesaikan kes itu.
Katanya, wanita berusia 20-an itu dipercayai masih berada di dalam negeri ini, sehubungan itu beliau menasihatkan agar wanita itu tampil ke mana-mana balai polis terdekat seberapa segera.
“Dia tahu dia dikehendaki, jadi eloklah tampil supaya polis dapat siasat kes ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Sabit kesalahan mengikut seksyen ini, pesalah boleh dihukum penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, tadi.