Nuffnang

Friday, November 11, 2016

Penduduk Sri Lanka Gempar Penemuan Buaya Gergasi Satu Tan







  (Ubah saiz teks)
COLOMBO: Penduduk Sri Lanka digemparkan dengan penemuan seekor buaya gergasi yang paling besar pernah dilihat di negara kepulauan itu apabila reptilia terbabit terperangkap di sebuah kawasan terusan air.
Buaya terbabit ditemukan di bandar Matara oleh orang ramai dengan anggaran panjang mencecah 5.1 meter dan mencapai berat kira-kira satu tan.
Jabatan Hidupan Liar Sri Lanka dikerah untuk menyelamatkan haiwan tersebut dan terpaksa menggunakan sebuah jengkaut dan lori dalam operasi itu pada Isnin lalu.
Aktivis alam sekitar, Uppala Jayatissa berkata, pihaknya pernah menemukan seekor buaya yang memiliki saiz hampir sama kira-kira lima bulan lalu di Sungai Polathumodrara.
"Reptilia yang baru ditemukan di Matara merupakan saiz maksimum seekor buaya boleh membesar," katanya.
Buaya tersebut dipercayai tersesat ketika mencari makanan disebabkan paras air sungai melimpah masuk kawasan terusan ekoran hujan lebat.
"Dengan bantuan orang kampung dan pihak polis, kami menghantar semula buaya gergasi itu ke kawasan habitat asal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
"Buaya itu sangat besar sehingga ia sendiri sukar untuk bergerak," kata pegawai jabatan hidupan liar, Ravindra Kumar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung