Nuffnang

Thursday, December 8, 2016

Huhu..Dahsyatt Askar Ukraine Nyaris Maut Grenad Melekat Di Tapak Tangan




ANGGOTA skuad pemusnah bom berusaha mengeluarkan grenad yang melekat pada tapak tangan seorang kadet tentera Ukraine. - Ihsan Mail Online
  
KIEV: Seorang  kadet tentera Ukraine melalui detik-detik mencemaskan apabila sebutir bom tangan yang dilepaskan menggunakan pelancar grenad menembusi dan melekat pada tapak tangannya.
Namun kadet tersebut bernasib baik kerana bom tangan itu tidak meletup dalam kejadian dramatik yang berlaku semasa latihan tentera di Odessa, selatan Ukraine.
Kadet berkenaan yang tidak dinamakan, menyertai latihan itu di Akademi Tentera Odessa apabila bahan letupan tersebut dilancarkan secara tidak sengaja dan mengenai tangannya.
Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada rakannya yang meminta bantuan paramedik, polis dan skuad pemusnah bom untuk segera memberi bantuan.
Gambar yang disiarkan oleh pihak polis menunjukkan lelaki terbabit dalam keadaan meniarap sambil diselubungi selimut khas kalis peluru ketika anggota skuad pemusnah bom mematikan grenad itu.
Grenad jenis VOG-25P yang boleh mencetuskan letupan kecil, selamat dikeluarkan dari tapak tangannya dan mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber berita: MailOnline

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung