Wanita di Hangzhou, wilayah Zhejiang itu menerima lamaran perkahwinan pada 9 Disember, tetapi mahu menyimpan memori indah itu lebih lama selepas melihat beberapa bunga kuntum bunga menjadi layu.
Beliau memetik kelopak-kelopak bunga tersebut, mencucinya dan kemudian memasaknya bersama gula dan air, lapor Qianjiang Evening News.
Wanita itu, yang nama penuhnya tidak diberikan, juga berharap dapat menggunakan bunga itu untuk membuat penkek bunga ros sendiri, snek popular di wilayah Yunnan di China, menurut laporan itu.
Akaun beliau telah dibanjiri dengan komen, pujian dan ada juga menjadikan tindakan beliau itu sebagai bahan jenaka.
Laporan itu memetik pakar sebagai berkata bahawa mawar tidak boleh dimakan mentah kerana ia mungkin mengandungi racun perosak. -South China Morning Post
No comments:
Post a Comment