Nuffnang

Monday, February 20, 2017

‘Cerita negatif anak saya berlumba tidak benar’

‘Cerita negatif anak saya berlumba tidak benar’
‘Cerita negatif anak saya berlumba tidak benar’ 

Abd Mutalip (dua,kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai dan khairat kematian 
kepada Amir (tengah) bapa kepada remaja nahas basikal sambil diperhatikan isterinya,
 Sabariah Yusof (tiga,kiri).
JOHOR BAHRU - Cerita-cerita negatif menyatakan anak saya berlumba hingga menjadi
viral dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar,”kata  Amir Omar, 47,
bapa kepada arwah Mohamad Azhar dari Kampung Senibong, Masai, dekat sini.

Amir mengakui terkilan dengan dakwaan dalam media sosial yang menyebarkan cerita
negatif kononnya anaknya berlumba semasa hari kejadian.
Rakan arwah Mohamad Azhar yang ada bersama-sama pada malam itu menyatakan
mereka tidak berlumba malah semasa kejadian mereka berada di tepi jalan melihat seorang
daripada kawannya membaiki tayar basikal yang pancit.
“Kami sekeluarga berharap orang ramai tidak membuat andaian tidak berasas berhubung
 kejadian berkenaan. Tidak dinafikan kami berasa terkilan  dan sedih dengan dakwaan
di buat di media sosial,”katanya.
Dia berkata demikian ketika sidang media di rumahnya, selepas menerima kunjungan
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd  Mutalip Abd Rahim.
Dalam kunjungan itu, Abd  Mutalip menyampaikan sumbangan wang tunai dan khairat
 kematian RM1,800 kepada keluarga Mohamad Azhar dengan ditemani isterinya, Sabariah
 Yusof, 49.Keluarga Mohamad Azhar turut menerima sumbangan RM300 daripada Umno
Cawangan Kampung Senibong yang disampaikan ketuanya, Yacob Shadan. Hadir sama,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Senibong, Mohd Asri A Karim.
Dalam kunjungan tersebut majlis tahlil secara ringkas turut dilakukan untuk arwah
Mohamad Azhar yang dipimpin Abd  Mutalip dengan dihadiri guru-guru dari SMK
Senibong.Mohamad Azhar, 16, adalah seorang daripada lapan  remaja yang maut dalam
 kemalangan pukul 3 pagi kelmarin selain dua kritikal dan enam lagi cedera serta masih
 dirawat di hospital.
Amir yang merupakan seorang nelayan berkata, arwah anaknya mula bermain basikal sejak
 dua tahun lalu dan biasanya hanya menunggang kenderaan itu di kawasan berdekatan.
Beliau berkata, Mohamad Azhar merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan
seorang yang pendiam serta tidak merokok selain sering membantu abangnya menjual dadih berdekatan rumah.Sementara itu, Abd  Mutalip berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis
Agama Islam Johor (Maij) menyerahkan sumbangan RM20,800 kepada 16 keluarga remaja y
ang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Menurutnya, lapan keluarga yang terkorban masing-masing menerima RM1,800 manakala
 lapan keluarga remaja yang cedera pula masing-masing mendapat RM1,000.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung