Rogol anak tiri ketika hantar ulang kaji pelajaran
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman selepas tertuduh yang berusia 37 tahun itu mengaku bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di Ladang Kelapa Sawit Pahi, Kuala Krai, antara jam 10 dan 10.30 malam, 6 Mac tahun lalu.
Nazri dalam keputusannya itu mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan dua hari selepas kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kejadian lalu, mangsa meminta tertuduh menemani dan menghantarnya ke rumah seorang kawan untuk mengulang kaji pelajaran.
Semasa dalam perjalanan, tertuduh memberhentikan motosikal di tengah-tengah ladang dan mengarahkan mangsa turun dari motosikal. Tertuduh kemudian membuka seluar dan membaringkan mangsa ke atas rumput serta merogolnya.
No comments:
Post a Comment