Zairil elak jawab isu video menari berpelukan
Zairil yang ditemui media di Kompleks Mahkamah Tinggi Georgetown di sini enggan mengulas selepas diasak media berhubung isu yang sedang tular di laman sosial itu.
Sambil meminta agar media tidak berasak dan menolaknya, Zairil turut menyoal semula kepada media tentang video yang disoal kepadanya.
"Eh...jangan tolak. Video mana?" katanya kepada media sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan bergegas meninggalkan sidang media, hari ini.
Sebelum itu, media menyoal Zairil sama ada beliau sudah membuat laporan polis atau tidak berhubung video berdurasi 15 saat yang hangat diperkatakan di laman sosial.
Terdahulu, Zairil menyifatkan video yang dikaitkan dengan dirinya sebagai mengarut selain menafikan lelaki berkaca mata yang sedang menari sambil berpelukan dengan seorang wanita adalah dirinya.
No comments:
Post a Comment