Nuffnang

Wednesday, March 29, 2017

Subhanallah : Fenomena belalai air di Jambatan Pulau Pinang MenyebabkanTrafik Perlahan


Fenomena belalai air

Fenomena belalai air di Jambatan Pulau Pinang.
GEORGETOWN - Pengguna Jambatan Pulau Pinang gempar setelah terlihat fenomena belalai air di sepanjang lautan di sini petang tadi.
Perkara itu kini menjadi tular di media sosial selepas beberapa pengguna jambatan itu sempat merakam kejadian berkenaan.
Petang kelmarin, kira-kira jam 5.45 petang, Pulau Pinang dilanda ribut kecil dan hujan lebat.
Mengikut salah sebuah klip video yang ditular, belalai air itu bergerak sehingga ke tengah Jambatan Pulau Pinang yang mana pada waktu itu, keadaan trafik agak perlahan disebabkan waktu puncak.
Kejadian yang berlaku dalam beberapa minit itu menarik perhatian orang ramai yang sedang terkandas dalam kesesakan lalu lintas.
Bagaimanapun, sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan kemalangan berhubung kejadian terbabit.
"Setakat ini pihak bomba tidak menerima sebarang laporan kemalangan atau kecederaan berhubung kejadian ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang ketika dihubungi mengesahkan, fenomena belalai air itu tidak merbahaya.
"Ketika hujan lebat, kelajuan angin sangat kuat terutamanya di tengah laut. Apabila ia bertembung dengan hujan, ia akan menyebabkan ribut taufan dan membentuk belalai air.
"Ia tidak merbahaya kerana ia hanya bergerak di permukaan air laut sahaja. Ia akan berakhir setelah hujan berhenti dan keadaan angin kembali seperti biasa," katanya

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung