Nuffnang

Tuesday, May 2, 2017

Perghhh !!! Pereka Amerika Hasilkan Gaun Pizza Yang 'Sedap'

Pereka Amerika Hasilkan Gaun Pizza Yang 'Sedap'


-
JIKA makanan dan fesyen menjadi keutamaan dalam kehidupan, tidak mustahil sehelai pakaian impian dapat dihasilkan.
Susulan kepada baju 'Taco Belle' yang mendapat perhatian apabila ia pertama kali muncul di laman di Instagram, pereka fesyen dari Amerika, Olivia Mears kini maju setapak dengan 'gaun pizza' rekaannya.
Dihiasi dengan pepperoni, buah zaitun, hirisan lada dan cendawan, sudah tentulah pakaian berwarna-warni ini diilhamkan daripada sebiji pizza yang lazat.
Tidak mengejutkan apabila ramai yang suka dengan rekaan ini.
"Menghidupkan impian. Anda telah membuat pakaian yang indah," seorang netizen memberi komen.
"Ini luar biasa," kata seorang yang lain.
"Gaun pengantin saya sudah ditemui," tulis seorang bakal pengantin.
Mears yang menggunakan nama @avantgeek di laman sosial telah mencipta pakaian ini untuk pertandingan 'Piece of the Pie' anjuran rangkaian pizza terkenal Domino's.
Bagaimanapun, bagi mereka yang berangan-angan untuk memilikinya, Mears berkata ia tidak akan dihasilkan untuk kali kedua.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung