Nuffnang

Sunday, June 11, 2017

Terharu ,: Tweet Terakhir Shea Rasol Meruntun Jiwa


http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/06/10/14/01/shearasol.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Foto Instagram Shea Rasol.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: "I just cannot wait for Ramadhan (saya tak sabar menunggu bulan Ramadan). Ya Allah tolonglah faham."
Demikian tweet terakhir hijabista terkenal, Farah Syahirah Rasol atau lebih dikenali sebagai Shea Rasol yang meninggal dunia pada petang Jumaat selepas bertarung dengan penyakit kanser urachal.
Tweet bertarikh 15 Mei lalu itu turut dikongsi penyanyi dan juga pengacara, Nur Heliza Helmi atau Heliza yang merupakan salah seorang rakan rapat gadis berusia 29 tahun itu.
"Shea... Allah maha memahami. Shea dah bertemu dengan Sang Pencipta. Shea, doa Shea makbul. Shea, Ija jeles...," tulis Heliza di laman Instagramnya.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/10/shea-rasol/~/media/7a7d7b812a1240849751d0c445e58292.ashx?la=en

Tweet terakhir Shea pada 15 Mei lalu.
Difahamkan Shea baharu sahaja mengetahui mengenai penyakit tersebut dua minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun pada Februari lalu.
Malah Shea turut berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya dengan kira-kira 131,000 pengikutnya di Instagram pada 8 Februari lalu.
"Salam semua... seperti yang anda lihat dalam posting terbaharu saya, saya kurang sihat sejak beberapa bulan lalu. Hari ini saya ingin memohon kemaafan jika saya ada salah dan silap dalam kehidupan sebenar atau online. Sama ada melalui percakapan atau perbuatan.
"Saya ada berita kurang baik untuk diberitahu yang mungkin akan mengejutkan anda. Kerana ia benar-benar mengejutkan saya. Saya disahkan menghidap kanser. Saya tidak akan ceritakan lebih lanjut mengenai keadaan itu, tetapi marilah kita harapkan yang terbaik," tulisnya.
Jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor kira-kira pukul 9 pagi Sabtu, dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.
Berita pemergian Allahyarhamah turut ditangisi ramai rakan selebriti dan instafamous terkenal termasuk Heliza, Yuna, Farah Lee, Irine Nadia, Dian Pelangi, Jezmine Zaidan, Hanis Arif dan ramai lagi.
Mereka turut mengucapkan takziah menerusi posting laman Instagram masing-masing sehingga berita sedih itu menjadi tular di laman sosial.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung