"Saya Dengar Dentuman Kuat"
/
KUANTAN: "Saya dengar
dentuman kuat diikuti limpahan air. Saya panik dan terus mencapai anak
lalu berlari meninggalkan khemah jualan," kata peniaga kereta Tuan Nur
Aisyah Tuan Mohd Nor.
Beliau antara saksi yang berhadapan detik cemas apabila tembok bangunan Kompleks Teruntum di Jalan Mahkota-Seri Kuantan di sini, runtuh ekoran tangki air yang terletak di tingkat empat kompleks itu pecah sekitar pukul 1 tengah hari ini.
Tuan Nur Aisyah, 32, berkata khemah jualannya terletak kira-kira 80 meter dari kompleks itu, membolehkan beliau melihat dengan jelas dinding batu menghempap beberapa buah kereta dan motosikal yang diletakkan di ruangan tempat letak kereta berhampiran.
Sementara itu, salah seorang mangsa Sheikh Mohd Hanfi Sheikh Ali, 50, berkata beliau dan isteri Norziah Abdul Ghafar, 51, cedera ringan.
Mereka cedera di lutut, siku dan tapak tangan kerana terjatuh semasa
melarikan diri dari runtuhan batu. Katanya, semasa kejadian mereka
sedang berjalan kaki melalui jalan belakang kompleks itu menuju ke
sebuah pusat membeli belah berdekatan apabila mendengar bunyi
seakan-akan letupan.
"Mujur saya dapat lihat runtuhan tembok batu dan air melimpah ke arah kami saya dan isteri lari supaya tidak ditimpa. Bagaimanapun, motosikal saya yang diletakkan di situ rosak teruk terkena batu.
"Apapun, saya bersyukur kerana nyawa kami lebih penting. Saya anggap motosikal itu sudah tiada rezeki buat kami, tapi saya tetap akan membuat laporan polis berhubung kejadian ini," katanya.
Difahamkan, kejadian itu menyebabkan empat orang cedera ringan semasa cuba menyelamatkan diri manakala empat buah kereta dan sekurang-kurangnya 10 buah motosikal rosak ditimpa serpihan bangunan itu yang jatuh dari ketinggian 40 meter.
Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Bakhtiar Iskandar Mohamad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 1 tengah hari daripada orang awam.
"Sebuah jentera bomba dengan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Selain itu, turut berada di situ ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang turut membantu menutup kawasan kejadian dan mengalihkan kenderaan yang terlibat," katanya.
Sementara itu Pengurus Badan Pengurusan Bersama kompleks itu Mohd Zaid Harun berkata, kompleks itu akan ditutup sementara waktu bermula hari ini selepas mendapat nasihat bomba.
"Kompleks ini hanya akan dibuka dan beroperasi semula selepas mendapat pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.
Kompleks 21 tingkat itu mula dibuka pada Januari 1980. -Bernama
Beliau antara saksi yang berhadapan detik cemas apabila tembok bangunan Kompleks Teruntum di Jalan Mahkota-Seri Kuantan di sini, runtuh ekoran tangki air yang terletak di tingkat empat kompleks itu pecah sekitar pukul 1 tengah hari ini.
Tuan Nur Aisyah, 32, berkata khemah jualannya terletak kira-kira 80 meter dari kompleks itu, membolehkan beliau melihat dengan jelas dinding batu menghempap beberapa buah kereta dan motosikal yang diletakkan di ruangan tempat letak kereta berhampiran.
Sementara itu, salah seorang mangsa Sheikh Mohd Hanfi Sheikh Ali, 50, berkata beliau dan isteri Norziah Abdul Ghafar, 51, cedera ringan.
"Mujur saya dapat lihat runtuhan tembok batu dan air melimpah ke arah kami saya dan isteri lari supaya tidak ditimpa. Bagaimanapun, motosikal saya yang diletakkan di situ rosak teruk terkena batu.
"Apapun, saya bersyukur kerana nyawa kami lebih penting. Saya anggap motosikal itu sudah tiada rezeki buat kami, tapi saya tetap akan membuat laporan polis berhubung kejadian ini," katanya.
Difahamkan, kejadian itu menyebabkan empat orang cedera ringan semasa cuba menyelamatkan diri manakala empat buah kereta dan sekurang-kurangnya 10 buah motosikal rosak ditimpa serpihan bangunan itu yang jatuh dari ketinggian 40 meter.
Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Bakhtiar Iskandar Mohamad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 1 tengah hari daripada orang awam.
"Sebuah jentera bomba dengan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Selain itu, turut berada di situ ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang turut membantu menutup kawasan kejadian dan mengalihkan kenderaan yang terlibat," katanya.
Sementara itu Pengurus Badan Pengurusan Bersama kompleks itu Mohd Zaid Harun berkata, kompleks itu akan ditutup sementara waktu bermula hari ini selepas mendapat nasihat bomba.
"Kompleks ini hanya akan dibuka dan beroperasi semula selepas mendapat pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.
Kompleks 21 tingkat itu mula dibuka pada Januari 1980. -Bernama
No comments:
Post a Comment