Nuffnang

Thursday, August 31, 2017

Perghh !!! Motosikal sikal Jadi Alat Muzik


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/08/31/08/43/bosozoku.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Foto paparan skrin video di YouTube
  (Ubah saiz teks)
JIKA anda menggemari motosikal, anda mungkin pernah mendengar Bōsōzoku, sekumpulan pemberontak bermotosikal di Jepun yang sering dikaitkan dengan bunyi pelik yang dihasilkan daripada kenderaan mereka.
Tetapi apa yang anda mungkin tidak tahu adalah sebenarnya mereka suka menggunakan motosikal untuk menghasilkan muzik yang bising.
Kumpulan ini terkenal dengan aktiviti haram dan bahaya seperti lumba haram di sekitar jalan bandar, melanggar lampu merah termasuk membuat bising.
Bagaimanapun, kumpulan Bōsōzoku mencetuskan idea baharu untuk menghabiskan masa bersama tanpa melanggar undang-undang selepas polis Jepun mula membanteras aktiviti haram mereka.
Mereka mengadakan 'pertarungan bunyi Bōsōzoku', di mana para peserta bersaing menghasilkan bunyi muzik yang paling mengagumkan dengan cara menekan minyak mereka dan penggunaan klac pada motosikal.
Namun ia kini diubah suai dengan kesan bunyi khas untuk menjadikan bunyi lebih menarik.
Antara mereka juga telah mula melakukan persembahan secara berduet, membuat pergerakan tangan dengan pantas bagi menghasilkan bunyi yang sama. - odditycentral

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung