Nuffnang

Monday, October 2, 2017

Perghh Sempoiii !!! Gadis Traktor Kini Bergelar Duta

Gadis Traktor Kini Bergelar Duta

Nurul Syifa berkesempatan bertemu dengan selebriti tanah air, Mat Dan dan pemain bola sepak, Safee Sali. - Instagram/ Syifa Majid
  (Ubah saiz teks)
SERDANG: Biarpun pernah dikecam gara-gara videonya membawa traktor di sawah tular di laman sosial, gadis jelita ini kini mencuri tumpuan pengunjung di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK).
Selepas mendapat jolokan 'gadis traktor', tuah berpihak kepadanya apabila diberi kepercayaan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk menjadi 'duta kecil' agensi tersebut.
Nurul Syifa Mat Dzahid, 22, berkata, netizen mula menerima kebolehannya mengendalikan jentera berat sebagai perkara positif dan bukannya sekadar berpura-pura untuk meraih populariti.
"Tidak sangka pula ada yang mula menegur saya di HPPNK 2017 dan mereka bertanya adakah saya 'gadis traktor' yang tular baru-baru ini.
"Segan pun ada apabila mereka ajak bergambar. Tapi, saya ambil kesempatan tersebut untuk menerangkan mengenai peranan Mada dalam memajukan institusi peladang kepada pengunjung," katanya ketika ditemui mStar Online pada sambutan HPPNK 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.


Nurul Syifa beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ke tapak pameran Mada sempena sambutan HPPNK 2017.
Tambah gadis yang berasal dari Jitra itu, sejak video tersebut mendapat perhatian netizen, ramai golongan wanita muda tampil mendedahkan bahawa mereka juga berkebolehan mengendalikan traktor.
Nurul Syifa yang bertugas selaku pembantu tadbir komunikasi korporat di Mada berharap lebih ramai golongan muda sama ada lelaki atau wanita menceburi bidang perladangan kerana ia bukan sahaja mendatangkan hasil lumayan, malahan membantu menjana ekonomi negara.
"Ada yang kata pakaian yang saya pakai tidak sesuai. Janganlah pula jadikan ia sebagai alasan untuk tidak mencuba bidang ini.
"Ini bukan kerjaya yang kotor atau sesuai untuk golongan berusia sahaja, tapi sebenarnya ramai yang sudah bergelar jutawan dengan mengusahakan ladang," jelasnya.

Rakaman Nurul Syifa mengendalikan sebuah jentera berat ketika menjalani latihan di Kompleks Latihan Mada, Alor Serdang di Kedah.
Sementara itu, Ketua Cawangan Komunikasi Korporat Mada, Mohd. Hafizi Zakaria berkata, populariti yang diraih Nurul Syifa sedikit sebanyak membuka mata golongan muda mengenai latihan yang ditawarkan institusi itu.
"Golongan muda sebenarnya sudah nampak potensi bidang perladangan ini sebagai kerjaya masa depan, tapi lepas video dia tular, semakin ramai gadis yang tidak lagi segan mengaku mereka bekerja di bendang.
"Mungkin ia bukan kerjaya glamor, tapi anak muda sudah semakin bijak menilai potensi yang boleh dikembangkan daripada sektor perladangan," katanya.
Menurut Mohd. Hafizi, agensi tersebut turut menubuhkan Pusat Latihan Beras Mada (MRTC) sebagai pusat latihan kemahiran dalam mentransformasi industri padi negara.
Kumpulan sasaran MRTC adalah mereka yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi mempunyai minat tinggi dalam industri padi.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung