Penumpang Ditinggal Bas Mengamuk, Tikam Pemandu
KANGAR: Seorang pemandu
bas cedera ditikam penumpang yang dipercayai berang setelah ditinggalkan
kenderaan awam itu di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah
sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Bas Ekspres di Jalan Bukit Lagi
di sini, Khamis.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian 11.02 pagi itu, suspek dikatakan turun dari bas untuk ke tandas semasa ia berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, namun setelah kembali dia mendapati kenderaan itu telah bertolak ke Kangar.
"Kemudian suspek bertindak marah di kaunter bas sebelum menyewa sebuah teksi untuk ke Kangar," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata sebaik tiba di stesen bas Kangar, suspek meluru masuk ke dalam bas yang dipandu oleh mangsa berumur 33 tahun, melalui pintu hadapan dan terus menikam mangsa di bahagian bahu kiri.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Fauziah untuk
mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang, setelah doktor
mengesahkan tiada kecederaan serius selain mengalami luka tikaman
sedalam tiga sentimeter, katanya.
Susulan kejadian itu katanya polis merampas sebilah pisau, sehelai kemeja-T berkolar warna hijau serta satu beg pakaian, manakala polis masih mengesan suspek yang sudah dikenal pasti. - BERNAMA
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian 11.02 pagi itu, suspek dikatakan turun dari bas untuk ke tandas semasa ia berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, namun setelah kembali dia mendapati kenderaan itu telah bertolak ke Kangar.
"Kemudian suspek bertindak marah di kaunter bas sebelum menyewa sebuah teksi untuk ke Kangar," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata sebaik tiba di stesen bas Kangar, suspek meluru masuk ke dalam bas yang dipandu oleh mangsa berumur 33 tahun, melalui pintu hadapan dan terus menikam mangsa di bahagian bahu kiri.
Susulan kejadian itu katanya polis merampas sebilah pisau, sehelai kemeja-T berkolar warna hijau serta satu beg pakaian, manakala polis masih mengesan suspek yang sudah dikenal pasti. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment