image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/07/07/16/13/vape.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
ALAT sulit seorang lelaki hampir melecur apabila bateri rokok elektronik atau vape yang disimpan di dalam poketnya meletup.
Dalam kejadian itu, sebahagian jeans dan seluar pendek yang dipakai Jason Curmi koyak apabila bateri peranti itu meletup.
Paha kanannya melecur teruk dan dia masih tidak dapat bekerja selepas tiga minggu diberikan cuti.
Lelaki berusia 46 tahun, yang sukar untuk berjalan dan duduk berkata: "Dua inci sahaja dari alat sulit saya dan jika saya pakai pakaian lain, mungkin ia turut melecur."
Curmi bertukar kepada vape selepas berhenti merokok tiga bulan lalu.
Dia dapat merasakan sesuatu yang panas dari pek bateri gantiannya yang diletakkan dalam poket seluarnya ketika dia sedang bekerja di Vauxhall, London Selatan.
Tetapi beberapa saat kemudian, berlaku letupan dan dia menyedari seluarnya terbakar.
-fotoTriangleNews
Rakan sekerja membantu memadamkan api dan dia dibawa ke hospital.
"Bunyi letupan agak kuat, api yang membakar seluar saya agak besar.
"Bilik itu juga agak besar kerana ia adalah bilik persidangan, berasap. Bau toksik sangat kuat.
"Kulit saya melecur agak banyak."
Tunangnya, Natasha Harvie, 32, menjaga Curmi di rumahnya di Greenwich.
Curmi menyeru agar lebih banyak pemantauan dibuat terhadap perlatan berkaiatan vape yang diimport.
"Jika anda berada dalam bas atau kapal terbang, ia boleh menyebabkan kerosakan dan panik.
"Ia satu perkara kecil tetapi sangat berbahaya. Saya beli vape ini dari kedai yang betul dan kejadian seperti ini masih berlaku."
Syarikat China, EFest yang membuat pek bateri itu tidak memberi komen. -TheSunUK.
No comments:
Post a Comment