Niat Bung Moktar baik tapi silap orang...
SHAH ALAM - Tweet ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Bung Moktar
Rajin menarik perhatian netizen kerana tersilap menanda individu lain.
Dalam statusnya itu, beliau cuba meredakan suasana tegang antara bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan ahli Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Lokman Noor Adam.
"...My dear @khairiKJ_ @LokmanAdam saya tahu kita ada kebebasan bersuara, tetapi tolonglah berhenti mengecam antara satu sama lain secara terbuka. Kita mesti fokus pada matlamat kita," katanya.
Nama KhairyKJ yang ditanda oleh Bung Moktar dalam status di Twitternya itu bukanlah bekas Ketua Pemuda itu yang menggunakan nama Khairykj.
Sebaliknya pemilik akaun Twitter tersebut adalah seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
Pesanan Bung Moktar itu kemudiannya mendapat reaksi daripada pelajar tersebut yang meminta supaya menanda individu yang betul.
Khairy sebelum ini memberi respons terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa kekalahan BN disebabkan oleh fitnah, penipuan dan janji palsu PH.
Katanya kekalahan BN kalah adalah disebabkan oleh 1MDB.
Dakwaan Khairy itu mendapat perhatian Lokman dan seterusnya menjadi perbalahan menerusi media sosial.

No comments:
Post a Comment