SEORANG ibu kepada empat orang anak yang maut dalam insiden kebakaran di sebuah rumah ditahan polis kerana disyaki terlibat merancang pembunuhan itu.
Natalie Unitt, 24, dan pasangannya Chris Moulton, 28, disoal siasat polis bagi membantu siasatan tragedi menyayat hati di Sley Holt, 8, Keegan Unitt, 6, Tilly Rose Unitt, 6, dan Olly Unitt, 3, maut dalam kebakaran pada Selasa lalu.Riley merupakan anak Natalie dengan bekas kekasihnya.
Natalie dan Chris terjun dari tingkap bilik tidur mereka bersama dengan anak bongsu pasangan itu, Jack, 2, yang terselamat dalam insiden tersebut.
Pasangan itu ditahan pada tengah hari selepas dibenarkan keluar hospital di mana mereka dirawat sebagai pesakit luar.
Natalie bersama kekasihnya, Chris ditahan tengah hari Jumaat.
Mereka disoal siasat polis di balai polis berasingan malam Jumaat.
Kertas siasatan insiden itu dibuka selepas penyiasat memberikan perkembangan terbaharu mengenai punca sebenar kebakaran tersebut.
Polis Staffordshire enggan memberikan maklumat lanjut tetapi mengklasifikasikan insiden itu sebagai kes bunuh.
Polis tidak menamakan pasangan itu sebagai suspek tetapi mereka ditahan di Hospital Universiti Royal Stoke kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat.
"Polis menahan dua individu susulan kebakaran rumah di Stafford pada Selasa.
"Berikutan hasil siasatan yang membawa kepada penemuan punca kebakaran, kami telah menahan seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki melakukan pembunuhan akibat kecuaian.
Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran itu.
"Insiden itu memberi kesan besar kepada masyarakat dan kami faham wujud kekeliruan dan tuntutan terhadap maklumat mengenai insiden itu.
"Namun kami menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai apa yang berlaku. Kami akan menyediakan perkembangan terbaharu dalam masa terdekat," katanya.
Rumah didiami keluarga tersebut musnah dijilat api kira-kira pukul 2.40 pagi Selasa lalu.
Proses bedah siasat terhadap kesemua mangsa yang meninggal akan dilakukan pada Sabtu. - Mirror.co.uk
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/global/dunia/2019/02/09/kebakaran-kes-bunuh/#usuuxJFuv3R115WQ.99
No comments:
Post a Comment