Nuffnang

Friday, March 1, 2019

Isteri jual sate... apa nak malu? Kerja di loji kumbahan pun Achey sanggup!


Achey sokong tindakan isteri majukan perniagaan keluarga.
PELAWAK Achey memberitahu isterinya Nor Hasanah Yahaya mengambil peluang setiap kali balik ke kampung di Segamat, Johor untuk menjual sate.
Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 33, perkara itu bukan sesuatu yang memalukan kerana rezeki tersebut halal di sisi Allah.
"Setiap kali balik kampung dia memang akan jual sate kerana dia suka buat pekerjaan itu.
"Lagi pula dia sedang memajukan bisnes ibunya buat sate sejuk beku. Saya tidak rasa perkara yang dia lakukan itu hina dan memalukan," ujarnya kepada mStar Online.
Achey mengulas dakwaan segelintir netizen yang mempersoalkan tawaran pekerjaan pelawak itu sehingga isterinya kini terpaksa menjual sate.

Achey dan isterinya Nor Hasanah.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terindah ini berkata, dia tidak ragu-ragu untuk menjual sate atau bekerja di loji kumbahan sekali pun jika tiada rezeki dalam bidang ini.
Kata Achey, apa yang penting pekerjaan itu mendatangkan rezeki yang halal.
"Kalau saya tiada job pun saya tidak kisah nak menjual di tepi jalan atau kerja di loji kumbahan kerana itu juga rezeki yang datang daripada kudrat kita sendiri.
"Hina hanya satu skop yang diberikan masyarakat, halal pula seuatu yang kita peroleh sendiri dan mendapat keredaan Allah. Biar nampak hina tapi halal," ujarnya.
Dalam pada itu, Achey berkata, dia kini melihat semua perkara daripada sudut positif.
"Saya ambil positif apa orang nak cakap pun, kerana kalau saya tidak positif tak kan saya terima keadaan saya yang sudah sembilan tahun tiada anak ini," ujarnya.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah sikap Melayu.. .Berniaga dianggap pekerjaan Yg memalukan. Patutlah Melayu ketinggalan dan sukar cari rezeki dgn berniaga ...

Anonymous said...

apa nk malu kak ku!

kerja halal.. bukan rompakan harta negara.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung