KUALA LUMPUR: Seorang artis lelaki yang ditahan selepas dipercayai menumbuk seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan, semalam, akan direman esok.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata
artis itu yang juga pernah menganggotai sebuah kumpulan pelawak akan ditempatkan di lokap Balai Polis Mantin malam ini untuk direman.
"Saya sahkan artis berkenaan sudah ditangkap dan akan direman esok," katanya ringkas kepada BH, malam ini.
Terdahulu, BH melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 68 tahun cedera selepas ditumbuk tiga kali pada bahagian muka oleh seorang artis, ketika sedang mengawal kawasan perumahan terbabit.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, artis berusia 49 tahun berasal dari Kedah yang memandu kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam, dilaporkan memasuki pagar pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan tanpa kebenaran.
Mohd Nor Marzukee dilaporkan berkata susulan itu pengawal keselamatan kemudian bertindak menutup palang laluan keluar pos keselamatan dan mengejar kenderaan yang dipandu artis lelaki berkenaan.
"Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang.
"Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran," katanya.
2578 dibaca
2 comments:
Pelaku mungkin msh b'khayal yg konon2 dia dlm shooting film.
Masuk dalam lah nampaknya. Bukti dah jelas. Klu nak selamat cepat minta nasihat lobai. Lobai pandai berputar belit utk lepaskan diri walaupun ada bukti jelas secara hitam putih. Nampak gaya kali ini tak lepaslah samseng umno.
Post a Comment