Nuffnang

Thursday, June 6, 2019

Berliku’ jalan nak balik beraya dari Amerika ke P.Pinang, sampai depan pintu.... “mak macam marah saya”



Amani (kanan) beraya bersama keluarganya di kampung datuknya di Felda Jengka1, Pahang.


DISANGKA tidak dapat pulang beraya ke tanah air kerana tiket penerbangan
yang mahal, rezeki terpijak seorang pemuda membolehkan dia membuat
kejutan kepada keluarga.
Menurut pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Amerika Syarikat (AS) itu,
 hasil solat Istiqarah dan usaha gigihnya menyemak laman web syarikat

penerbangan setiap hari, dia berjaya menemui tiket pada harga murah.
Jelas Muhammad Akmal Amani Ahnuar, dia bersyukur kerana hasratnya
untuk pulang ke kampung datuknya di Felda Jengka 1, Pahang akhirnya
menjadi kenyataan.
"Mula-mula memang plan tak balik sebab pada asalnya saya masih ada
kerja penyelidikan yang perlu dilakukan pada bulan Mei lalu. Mak ayah pun
dah tahu saya tak balik raya. Mak sedihlah sebab nanti time raya tak cukup
 seorang."Tapi kerja terpaksa ditangguhkan sebab supply tak sampai lagi.
Universiti memang cuti dari bulan Mei hingga Ogos. Kiranya saya kerja pada
waktu cuti semester dan pada masa sama nak cantikkan resume.
"Saya pun solat Istiqarah mohon pada Allah saya patut balik ke tak sebab
rasa bersalah juga tak balik. Sehinggalah ada satu weekend tu saya dapat
e-mel syarikat beritahu kerja akan dimulakan seawal September sebab supply barang tak ada.
"Bila dapat e-mel tu rasa menyesal pula tak beli tiket masa murah dulu.
 Lepas tu saya pun check tiket masih lagi harga AS$1,500. Memang saya
 kata kat diri sendiri tak baliklah raya. Keesokan harinya saya check tiket turun AS$800. Rezeki Allah beri nak beri dekat saya," katanya yang bekerja sebagai penyusun data (berkaitan nuklear).

Bagaimanapun Muhammad Akmal Amani atau lebih mesra disapa Amani
bertindak merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarganya
di Kepala Batas, Pulau Pinang.
"Saya beli tiket 10 April lalu. Sejak itu saya plan kejutan tu. Sebelum balik
rakam banyak video dekat universiti. Lepas tu saya ambil gambar kononnya
saya dekat Doha masa saya transit di sana selama 16 jam.
"Lagipun saya memang pernah beritahu mak saya nak travel belah-belah
Timur Tengah. Saya pun editlah video saya nampak macam pergi Doha.
Saya pun hantar video... mak ayah percaya tapi lepas tu mereka macam
marah sebab tak pernah setuju saya pergi sana.
"Tapi bila nak pergi KL banyaklah cerita, nak tak nak kena ada orang tahu.
 Jadi saya terpaksa beritahu kembar saya mengenai perkara ini. Dialah yang
ambil saya dari KLIA dan belikan tiket ETS balik Penang pada 24 Mei lalu," katanya.
i

Amani bersama kembarnya, Muhammad Akmal Amni.
Pelajar Sarjana Sains Fizik itu memberitahu dia terpaksa membatalkan niat
untuk terus pulang ke rumahnya pada petang 24 Mei lalu kerana adik bongsunya
 tiada dirumah ketika itu.
"Saya sampai kira-kira pukul 3.30 petang. Masalahnya adik bongsu saya tiada di
rumah sebab dia plan berbuka dengan kawan-kawan dekat luar. Jadi saya pun tak
boleh nak buat surprise sebab adik saya tak ada.
"Dia tak tahu saya balik. Jadi nak kejutkan saya keluarga punya hal, saya pun pergi
solat tarawih dulu. Habis solat tarawih saya pun balik rumah sampai dalam pukul
10 malam. Saya pun call adik saya beritahu suruh ambil delivery KFC yang saya
tempah depan rumah.
"Bila adik saya keluar, dia bawa mak keluar sekali. Mak saya pun terkejut.
Dia macam marah saya. Dia kata I swear I'm gonna kill you sebab dia ingat saya
betul-betul pergi Timur Tengah tapi tiba-tiba ada dekat depan rumah. Adik saya
pun terkejut," katanya.
i


Amani akan menamatkan pengajiannya pada Mei tahun hadapan.
Namun Amani berkata kepulangannya itu berjaya membuatkan ibunya sebak.
"Lepas tu mak saya mengalir air mata. Dia terharu tengok saya balik.
Tapi waktu tu ayah saya tak ada. Bila ayah saya balik dia memang terkejut
gila-gila.
"Mereka risaulah sebab ingatkan saya betul-betul pergi travel ke Timur
 Tengah. Bukan apa mereka bimbang sebab saya kan duduk US, bila pergi
 Timur Tengah takut jadi isu bila saya balik semula ke sana nanti," katanya.
Amani berkongsi kisah kejutan kepada keluarganya itu di Twitter pada 1 Jun lalu.
Perkongsian Amani mendapat respons positif netizen apabila mendapat 2,600
ulang kicau dan 4,500 tanda suka.

1 comment:

clar said...

your blog is very interesting.thanks! Sakit.info

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung