Nuffnang

Tuesday, June 25, 2019

“Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis

“Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis



Adilah Ayeisha Qisteena menjadi mangsa ejekan di media sosial gara-gara tahi lalat di atas bibirnya.

SIAPA yang tidak kecewa seandainya wajah sendiri menjadi bahan jenaka di media sosial?
Itulah yang dilalui Adilah Ayeisha Qisteena apabila tahi lalat di atas bibirnya disamakan dengan bebola jeli atau boba yang dalam minuman yang sedang trending oleh beberapa individu.
Mesra disapa Eiisha, dia turut memuat naik paparan skrin komen penghinaan dua individu terhadapnya menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular pada Sabtu.
"Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita? Ia satu perbuatan yang tidak wajar.
Eiisha menggesa orang ramai agar berhemah dalam mengeluarkan sebarang kata-kata di media sosial.
"Semua orang kena tahu, tak normal untuk kutuk penampilan orang, apatah lagi sesuatu yang kita tak boleh ubah.
"Mula-mula tengok rasa kecil hati, orang yang tak kenal pun boleh cakap macam tu. Kawan sendiri pun ada batasnya, apatah lagi orang luar," ujar gadis berusia 19 tahun itu sewaktu dihubungi mStar.

Pernah masa zaman sekolah dulu, cikgu pun bergurau pasal tahi lalat saya. Rasa terkedu dan malu depan kawan-kawan. Saya kecil hati dan menangis.

ADILAH AYEISHA QISTEENA

Tidak berniat membuka aib pemuda berkenaan, namun kata Eiisha, dia berkongsi paparan skrin itu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
Ia menunjukkan dua individu yang tidak dikenalinya menulis 'ada boba terlekat tu' dan 'ada bubble bawah hidung' yang dianggapnya biadab.
Tambahnya lagi, setiap indvidu harus menggunakan laman sosial dengan berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.
Mengimbas perjalanan hidupnya, Eiisha mengakui sudah lali dengan penghinaan terhadap tahi lalat di wajahnya.
Paparan skrin yang dimuat naik ke Twitter oleh Eiisha.
Namun, menginjak ke usia dewasa, dia kini semakin yakin dengan dirinya.
"Pernah masa zaman sekolah dulu, cikgu pun bergurau pasal tahi lalat saya. Rasa terkedu dan malu depan kawan-kawan. Saya kecil hati dan menangis.
"Tapi sekarang saya yakin pada diri sendiri, saya terima seadanya wajah saya," katanya lagi.
Dalam pada itu, posting pendedahan Eiisha sehingga kini menerima lebih 13,400 ulang kicau (Retweet).
Selain menerima sokongan menerusi direct message (DM), ramai netizen turut meninggalkan kata-kata semangat buat gadis kelahiran Kuala Lumpur itu.

2 comments:

Lone ranger pomen said...

Seksi ape ade dot Kat Bibir... Ala, Dia org jelos tU. Jgn layan la.

Budak kampung Selatan said...

Lawo je pun

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung