Nuffnang

Monday, June 24, 2019

Virall !! Guna Ducati hantar makanan, sanggup ikat lemang di badan “Caj tak tinggi, cover duit minyak dah OK”




Herry membuat pekerjaan sambilan menghantar makanan memandangkan permintaan yang tinggi daripada rakan-rakannya.

PENDAPATAN sampingan boleh dijana dengan melakukan servis penghantar makanan yang mempunyai permintaan ramai dan kian popular.
Jarang sekali kita lihat penghantar makanan menggunakan motor berjenama mewah namun lain pula kisahnya apabila Khairi Fazil Abdullah atau mesra dipanggil Herry sanggup menggunakan motor kesayangannya berjenama Ducati untuk membuat servis penghantaran makanan.


Model Ducati Hypermotard 821 yang dibeli Herry tiga tahun lepas itu terus menjadi perhatian ramai yang melihatnya dari jauh.


Motor berjenama Ducati milik Herry yang digunakan untuk menghantar pesanan makanan yang diterima.
"Saya sebenarnya tak register under Grabfood pada awalnya sebab saya dah lama buat servis penghantaran sendiri untuk tolong kawan-kawan yang nak order makanan dengan segera.
"Diorang pun selalu minta tolong saya belikan makanan dan minuman yang memang tak ada dalam senarai Grabfood.. jadi bila saya ada masa lapang, saya akan hantar pada mereka.
"Saya pun tak ada lah nak minta harga caj penghantaran yang tinggi walaupun diorang tengok saya bawa Ducati, biarlah bergantung kepada mereka nak beri berapa yang diorang nak asalkan boleh cover duit minyak motor pun dah okay," katanya yang kini menetap di Hulu Klang, Selangor.
Pemuda berusia 27 tahun ini juga memberitahu pekerjaan sambilan yang dilakukan itu hanyalah sekadar suka-suka sahaja dan tidak sangka servis hantar makanan mempunyai permintaan yang tinggi daripada rakan-rakannya.
Sementara itu, Herry yang bekerja sepenuh masa sebagai penghias dekorasi juga membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan Grabfood yang bermula pada dua hari lepas untuk mengisi masa lapangnya.

Herry bersama motor kesayangannya yang telah dibeli tiga tahun lepas.
Herry berjiwa murni ini turut membantu rakannya yang kebetulan menjalankan perniagaan menjual lemang dengan menawar diri menghantar lemang mengikut pesanan pelanggan.
"Berkenaan dengan penghantaran lemang itu, saya hanya tolong kawan saya yang kebetulan buat bisnes lemang memandangkan sekarang musim raya dan saya promote di Twitter.
Saya pun tak ada lah nak nak minta harga caj penghantaran yang tinggi walaupun diorang tengok saya bawa Ducati, biarlah bergantung kepada mereka nak beri berapa yang diorang nak asalkan boleh cover duit minyak motor pun dah okay

HERRY SEVANI

"Ada pelanggan yang DM saya di Twitter request nak lemang dari Hulu Klang tetapi disebabkan dia duduk di Shah Alam, jadi diorang minta tolong saya untuk hantarkan... memandangkan permintaan lemang yang tinggi daripada pelanggan.
"Kebetulan sabtu ini ada yang order 10 batang lemang dari Hulu Klang ke Damansara... sekali jalan saya akan hantar dan cara terbaik ikat lemang dekat keliling badan kalau lemang dah penuh satu beg nanti," ujarnya sambil tertawa.


Netizen meluahkan rasa teruja selepas melihat posting yang dimuat naik Herry di Twitternya.
Bukan setakat lemang sahaja, Herry juga sering membuat COD (Cash on delivery) untuk tayar motor yang dijual sebagai pendapatan sampingannya.
Dalam pada itu, posting yang dimuat naik Herry menjadi perhatian netizen sehingga diulang kicau sebanyak 4,218 dan 3,672 tanda suka.
Rata-rata netizen teruja melihat Herry menggunakan motor bermodelkan Ducati untuk servis penghantaran.
"Baguslah bro ni, semoga rezeki bro terbuka luas," komen salah seorang pengguna Twitter @nrrqaiyh.
"Order pukul 2 petang sampai pukul 1.59 dia punya cepah hahaha," komen @harishamidd.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung