NAMPAKNYA kes membabitkan 'Abang Botak' masih tidak menjadi pengajaran kepada pemandu di negara ini.
Kes terbaharu yang berlaku bukan tindakan menghentak helmet tetapi seorang pemandu kereta jenis Honda Civic biru dilihat menghayunkan sebilah parang ke cermin kereta mangsa.
Menerusi rakaman berdurasi satu minit 24 saat yang tular di media sosial menunjukkan kereta tersebut cuba memotong kenderaan mangsa di Jalan Firma susur masuk ke Lebuh Raya Pasir Gudang pada petang Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Abang botak dipenjara 12 bulan, "Dia tunjuk jari kepada saya"
ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya! Bengang kena hon, abang botak hayun helmet hentak cermin kereta... semuanya dirakam
Semasa kejadian kira-kira pukul 5.35 petang itu, kenderaan bergerak perlahan ekoran keadaan trafik sesak teruk di susur masuk ke lebuh raya itu menghala ke Iskandar Puteri.
Sebaik berjaya memotong kenderaan mangsa, pemandu Honda Civic tiba-tiba memberhentikan keretanya sebelum keluar bersama seorang lagi penumpang dalam keadaan marah dan menunjukkan isyarat lucah.
Pemandu terbabit menunjukkan isyarat lucah.
Kedua-duanya dapat dilihat memasuki semula kenderaan biru itu sebelum bergerak tetapi pemandu terbabit nampaknya masih belum berpuas hati.
Pemandu terbabit sekali lagi memberhentikan keretanya dan keluar bersama parang serta bertindak menghentak cermin kereta menggunakan senjata tajam itu.
Menerusi rakaman video dashcam di kereta mangsa jelas menunjukkan nombor plat kenderaan lelaki tersebut.
Difahamkan mangsa sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Larkin, Johor Bahru.
Rata-rata netizen mengecam perbuatan pemandu tidak bertanggungjawab itu dan mahu tindakan segera diambil terhadapnya.
"Nombor plat kereta dan muka si pelaku sangat jelas dalam video yang sedang tular di media sosial.
"Adakah si pelaku jenayah ini akan diburu, ditangkap dan didakwa secepat mungkin seperti 'Abang Botak' yang dihukum 12 bulan penjara kerana 'mendatangkan kecederaan pada cermin kereta'?
Pemandu kereta terbabit turut keluar memarahi mangsa.
"Kita tunggu tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa... atau tiada sebarang tindakan," kata seorang pengguna Facebook.
Pada Jumaat lalu, Abang Botak atau nama sebenarnya Danial Abdullah Tan, 31, dijatuhi hukuman 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya selepas disabitkan kesalahan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya.
Mahkamah turut menetapkan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikhnya ditahan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat hingga menyebabkan kerosakan pada cermin bahagian hadapan kereta Perodua Axia, milik Siew Chean Voon, 58, pada 28 Mei lalu, dengan menggunakan topi keledar miliknya di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan kira-kira 5.30 petang.
5 comments:
road rage is scary.Sakit.info
pengganas jalan raya mesti di hukum
jnagn biarkan
Nanti ada makhluk2 yang simpati bila dihukum. Tak kena kat diri sendiri bolehlah sembang. Ni kalau ada yang mati kena tetak baru riuh
dah lambat pergi kebun kot siap bawak parang tu
Bukan sahaja pembuli jalan raya..tetapi juga perompak .
Post a Comment