Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan “Someone really did it”
Seorang lelaki dirakamkan berjalan kaki di pembahagi jalan, dekat Gua Musang, Kelantan. Foto ninieyishak
CUTI sekolah dan cuti umum lebih panjang sempena Hari Raya Aidiladha mengakibatkan kesesakan teruk di lebuh raya utama terutama pada Sabtu.
Sememangnya ia menguji kesabaran pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi ke Pantai Timur yang boleh memakan masa berbelas jam disebabkan kesesakan trafik.
Rintihan seorang gadis yang turut terperangkap dalam kesesakan itu di laman sosial bagaimanapun mencetuskan perhatian apabila menyedari seorang pemuda sehelai sepinggang berjalan kaki di pembahagi jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan derma, lelaki ini sebenarnya nak jual buah pinggang! Tiada MyKad nak mohon bantuan, “Tak kisah bayar berapa asalkan...”
“I dah cakap baik jalan kaki je balik Kelantan and someone really did it!,” menurut perkongsiannya dengan memuat naik sekeping gambar lelaki itu berjalan di pembahagi jalan, menjadi tular.
Perkongsian seorang gadis meraih perhatian netizen.
Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang membuat perkongsian itu, gambar tersebut dirakamnya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas, Kelantan.
“Saya terserempak dengan lelaki tu masa dekat lebuh raya nak masuk ke Gua Musang, kira-kira pukul 5.45 petang semalam (Sabtu).
“Masa tu saya dalam perjalanan bersama dua kakak. Memang kesesakan teruk nak balik Kelantan, 22 jam sampai kira-kira pukul 2.10 pagi tadi (Ahad),” katanya kepada mStar.
Tindakan pemuda tersebut bukan sahaja menjadi tanda-tanya dalam kalangan netizen, malah mendapat simpati ramai kerana ketabahannya berjalan kaki sejauh itu.
Tindakan seorang lelaki berjalan kaki ketika kesesakan di lebuh raya menimbulkan tanda tanya.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan abang tu. Kesiannya dia,” tulis seorang netizen.
“Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita,” ujar seorang netizen yang bersimpati dengan keadaan lelaki itu.
“Kalau naik kereta pun sembilan jam, apatah lagi jalan kaki nak ke Kelantan?,” soal yang lain.
Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita
NETIZEN
“Tolong sesiapa yang ada nombor telefon dia atau waris dia. Rasa bersalah kalau tak bantu. Tak sampai hati biarkan dia berjalan jauh macam tu, KL-Kelantan dengan berjalan kaki satu perkara yang langsung tak kan terdetik nak buat,” kata seorang netizen tampil untuk membantu.
“Bro, I tak ada banyak duit tapi sanggup tolong sekurang-kurangnya duit (tambang) bas. Berat hati tak tolong,” kata seorang netizen.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/08/11/~/media/641fc3a5e6d34210876de0d67e7e9b30.ashx?la=en
Komen netizen yang bersimpati dengan lelaki yang sanggup berjalan kaki di lebuh raya.
Pada masa sama, ada yang mempersoalkan kewajaran lelaki itu berjalan kaki di pembahagi jalan ketika kesesakan lalu lintas, dan bukan di tepi lebuh raya yang lebih selamat.
“Kalau balik jalan kaki pun kenapa jalan ikut pembahagi jalan tu?,” soal netizen.
“Kat tepi (jalan) motor lalu. Jalan hujung (lorong kecemasan) untuk ambulans pun kereta sapu. Keselamatanlah. Pergi jalan kaki kat situ baru faham situasi,” jawab seorang netizen.
Bagaimanapun, menerusi bebenang pada perkongsian gadis itu, seorang pemuda mendakwa mengenali lelaki yang berjalan kaki itu.
Dakwanya di bebenang, ia bukan kali pertama rakannya itu berjalan dari Kuala Lumpur ke Kelantan disebabkan mengalami kesempitan wang.
“SubhanaAllah. Rakan sekolah tu, dia ni memang hidup susah. Tiga hingga empat kali juga dia jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Duit dia tak ada, banyak kali dah kami tolong,” ujarnya di bebenang.
Pemuda tersebut ketika dihubungi mStar bagaimanapun enggan mengulas lanjut, dan hanya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat rakannya itu.
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
3 comments:
Kerajaan Pas negeri tak boleh tlg rakyat dia ka. Klu cakap mmg tak mau kalah.....
Aku yg lalu plus pun jem gile. Dari p, klang, masuk Bukit Rajah, tu pun Sampai rawang Aku masuk Jln dlm, Pasal jem. sampai Kat tanjung malim, masuk h, way, pun jem gile jugak. Aku Nak pegi ipoh. Nak repair lori rosak Kat Sana. Sampai behrang, masuk balik jln dlm. Rupanya lagi teruk jem. Gerak jumaat 10 mlm. Sampai ipoh dekat 7 pagi. Org Malaysia ni bab cuti jadi pelik sikit. Sampai tU Sampai. Cuma lambat, kontena pun kena closing time. Maksudnya tertinggal kapal. Tak Pasal Bos kena bayar. Tapi nak buat camne. Selalu aku pergi ipoh, 3- 3/12 jam Sampai. Pacak h/way je. Siap singgah sungkai lagi, tinggalkan bini Aku Kat Sana. Balik kg Dia la. Kali ni Aku tinggalkan Dia Kat tepi Jln aje. Suruh kakak Dia ambik. Dah Aku berjam lagi nak sampai ipoh. Nak ambik moto taK bleh, Pasal aku bawak beteri 2 Bijik. Kalau bawak tool box aje. Bleh jugak singgah rumah mertua ambik moto. Tapi Hari tu Memang majal... Nak park tepi utk pegi Kencing pun Susah. Penuh kereta park, layan tido.
jalan kaki le best, sambil tu boleh singgah mana-mana bila penat, naik kereta nak kencing, nak terberak pun susah!
Post a Comment