Nuffnang
Friday, August 2, 2019
Wow !!! Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana ‘hijab terbuka’
Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana ‘hijab terbuka’, “Kucing tenung lama-lama, saya meremang”
Shafiqah mendedahkan kucingnya berada di dalam bilik yang gelap, bersebelahan dengan dapur semasa rakaman video dibuat. Foto ihsan Shafiqah Adnin Zaidon
KESIBUKAN membuat persiapan sempena majlis yang dirancang bertukar ‘seram sejuk’ apabila kelibat misteri kelihatan di tingkap dapur sebuah rumah.
Semuanya gara-gara penampakan ‘lembaga’ dengan mata bercahaya di sebalik tingkap dapur, seperti merenung tajam kepada mereka yang sibuk menyiapkan juadah.
“Penampakan makhluk halus. Yang lemah semangat jangan tengok,” menurut perkongsian di laman sosial Twitter yang diulang kicau lebih 25,000 kali.
Kedengaran seram, apatah lagi komen netizen menyangka ia kelibat pocong, tetapi kemudian menjadi lucu apabila ‘makhluk halus’ itu rupa-rupanya adalah si bulus.
Siti Nur Manja atau Manja merupakan kucing baka Parsi.
Pemilik kucing tersebut, Shafiqah Adnin Zaidon berkata, klip video yang baru dimuat naik pada Selasa sebenarnya dirakamkan Mac lalu, semasa membuat persiapan juadah sempena majlis perkahwinan abangnya.
Gadis berusia 24 tahun itu mendedahkan, kucing baka Parsi itu sebenarnya berada di tepi tingkap bilik belajarnya, yang terletak bersebelahan dengan dapur.
“Itu bukan makhluk halus, tapi kucing saya. Namanya Siti Nur Manja atau Manja yang saya bela sejak ia masih kecil lebih setahun yang lalu.
“Biasanya kami biarkan Manja berkeliaran dalam rumah, tapi sebab malam tu kami sekeluarga sibuk nak siapkan laksa di dapur, jadi kami letakkan Manja di bilik tu,” katanya kepada mStar.
Shafiqah menyifatkan Manja seekor kucing yang jinak dan manja.
Shafiqah berkata, keadaan mata kucingnya bercahaya mungkin berpunca daripada refleksi cahaya kerana berada di dalam bilik gelap sewaktu rakaman dibuat.
Walaupun klip video tersebut sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, dia yang menetap di Cheras pernah merasai pengalaman yang meremangkan bulu roma sewaktu bersama kucing itu.
“Kucing saya kalau dalam bilik gelap, bila saya buka lampu nanti dia tak pandang saya. Sebaliknya, dia akan pandang lama kat satu sudut bilik.
“Kalau saya nak pegang dia masa tu, dia akan bagi reaksi yang tak selesa macam nak cakar pun ada walaupun sebenarnya dia jenis yang jinak dan manja,” katanya.
Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu
SHAFIQAH
Menurut Shafiqah, bilik belajarnya itu merupakan satu-satunya bilik daripada lima bilik yang terletak di aras bawah di kediaman dua tingkat keluarganya.
Anak ketiga daripada empat beradik itu mendedahkan, adik lelakinya pernah merasai pengalaman melihat makhlus halus atau ‘hijab terbuka’ sejak kecil, dan terpaksa ditutup dengan bantuan pengamal perubatan sebanyak dua kali.
Manja di bilik belajar di aras bawah kediaman dua tingkat.
Shafiqa berkata, sebelum adiknya itu ditutup ‘hijab’ buat kali kedua akhir tahun lalu, dia ada meminta bantuan adiknya untuk mengambil kucing belaan itu dari dalam bilik belajar untuk dibawa ke bilik tidur di tingkat atas kerana sudah lewat malam.
“Tapi adik saya kemudian masuk ke bilik saya dan beritahu tak jadi ambil Manja. Dia kata kalau beritahu pun nanti saya tak akan percaya.
“Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu,” katanya.
(kiri) Manja bersantai di sebelah tingkap bersebelahan dengan dapur. (kanan) Aksi comel Manja menjadi tumpuan.
Shafiqah yang menyambung pengajian Sarjana Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor berkata, dia tidak akan belajar di bilik tersebut sehinga lewat malam.
“Sampai sekarang pun, saya tak akan belajar sampai lewat malam di bilik tu. Cuma pernah saya terpaksa buat tugasan yang urgent sampai pukul 1 pagi, tapi berteman.
“Sebenarnya bilik tu OK je, cuma saya ni penakut orangnya. Tambahan pula masa adik saya beritahu boleh nampak dan dengar itu ini, memang rasa meremang je lah,” katanya. Tk Mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
No comments:
Post a Comment