Nuffnang
Friday, February 14, 2020
Masyallah !!! Empat anggota bomba cedera ditimpa dinding
Empat anggota bomba cedera ditimpa dinding
Empat anggota bomba tercedera ditimpa dinding bangunan ketika operasi memadam api di lima unit kedai dua tingkat (kelas A) di Lebuh Carnavon di sini malam tadi.
GEORGETOWN - Empat anggota bomba tercedera ditimpa dinding bangunan ketika operasi memadam api di lima unit kedai dua tingkat (kelas A) di Lebuh Carnavon di sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, kesemua mereka dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan pasukan bomba sukarela.
Menurutnya, kesemua empat anggota itu hanya mengalami kecederaan kecil dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
"Mereka mengalami kecederaan itu ketika melakukan semburan pada dinding bahagian tepi bangunan. Bangunan ini merupakan bangunan warisan (lama).
"Bagaimanapun, ia telah runtuh dan terkena anggota yang sedang bertugas, namun mereka tidak mengalami kecederaan serius. Mereka sedang dirawat dan keadaan stabil," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian malam tadi.
Dalam pada itu, seramai 73 warga emas yang tinggal di rumah orang tua berhampiran berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai.
Orang awam turut menyelamatkan warga emas yang tinggal berdekatan dengan bangunan terbakar.
Saadon berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.58 malam dan ketika sampai di lokasi, didapati api di bangunan dua tingkat sedang marak.
"Kedai di bahagian tengah terbakar dengan peratusan kebakaran 70 peratus manakala bangunan kiri, kanan dan belakang terbakar di bahagian tingkat atas dengan peratusan kebakaran 50 peratus setiap unit.
"Di bangunan sebelah pula, terdapat bangunan yang dijadikan rumah orang tua dengan jarak 6 meter dari bangunan yang terbakar. Semua 73 warga emas dibawa keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan terkawal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal daripada terus merebak pada jam 9.45 malam melibatkan lebih 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Jalan Perak, Paya Terubong dan Bagan Jermal.
Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang berada di lokasi kejadian turut mengucapkan terima kasih kepada semua terlibat dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa.
Menurutnya, semua warga emas tersebut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, Youth Centre dan Chew Kongsi di Lebuh Kimberly di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
No comments:
Post a Comment