Nuffnang
Wednesday, April 8, 2020
Tedia.. Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah
Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah
Antara aksi yang dikongsikan oleh lelaki itu.
PERINTAH berkurung di beberapa negara bagi mengekang penularan Covid-19 memaksa orang ramai tidak meninggalkan kediaman mereka.
Dalam tempoh itu, banyak aksi kreatif ditayangkan dalam usaha menghilangkan kebosanan yang melanda.
Di Sepanyol misalnya, seorang pembikin filem berasal dari Jerman membuat video bermain ski di dalam rumah.
Kata Philipp Klein Herrero, 28, video menggunakan teknik stop-motion itu menerima hampir setengah juta tontonan setelah ia dikongsi.
Dia menggunakan teknik stop-motion dalam penghasilan video itu.
"Perintah berkurung menyebabkan rancangan dengan keluarga terpaksa ditunda.
"Jadi saya terfikir bagaimana mahu bermain ski tanpa meninggalkan rumah?
"Saya alihkan perabut, letak kamera dan pakai pakaian bermain ski. Kemudian saya ambil masa empat jam untuk sunting," katanya.
Bukan sekadar bermain ski, dia mahu video itu membawa mesej bermanfaat untuk orang ramai.
Ujarnya, apa yang penting penonton boleh tersenyum melihat video miliknya biarpun dunia sedang berduka dengan Covid-19.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Salam buat semua.. Pergh pening kepala dibuatnye.. exam dah dekat ni..buku ..baru mula nak baca...blog pun nak kena up date.macam mana nak b...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Salam buat semua.. Hari ini...aku cuma menceritakan bahawa monorail....dari Mekah Ke arafah sudah siap dan telah di gunakan..perjalanan dari...
-
salam buat semua... Semalam saya ada buat lawatan ke beberapa blog yang telah berjaya mengesan aktiviti tidak sihat, dalam menaikkan traffic...
-
BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. - Gambar hiasan KUALA L...
-
BUKIT MERAH - Seorang petani mendakwa kawasan sawah padi di Kerian dekat sini akan pupus sekiranya projek ternakan ikan kelisa diteruskan di...


No comments:
Post a Comment