Nuffnang

Tuesday, May 26, 2020

Sebak buat kejutan ‘tirai’, ibu akhirnya dapat peluk anak perempuan yang dikuarantin


Sebak buat kejutan ‘tirai’, ibu akhirnya dapat peluk anak perempuan yang dikuarantin

Lara Green tidak dapat menahan sebak ketika membuat kejutan pada anak perempuannya. Foto Mercury Press

SEORANG ibu dan anak perempuannya dapat berpelukan buat pertama kali dalam tempoh sembilan minggu, menggunakan 'tirai peluk'.

Lara Green, 35, menbuat kejutan pada anak perempuannya Katie, 13, dengan alat buatan sendiri pada Isnin lalu.

Apabila kerajaan di United Kingdom pada Mac lalu meminta penduduk supaya berada di rumah melindungi diri daripada Covid-19, Lara terpaksa membuat keputusan untuk mengasingkan anak perempuannya yang menghidap asma, Katie dengan nenek kepada remaja itu, Helen, 65, selama 12 minggu.

Bagaimanapun, selepas menyedari Katie jatuh sakit, pekerja pra-sekolah itu yang juga petugas barisan hadapan kerana banyak menghabiskan masa dengan orang di luar, terpaksa menggunakan idea 'tirai peluk' bagi menjaga keselamatan anaknya.

Dia bertindak melekat beg plastik sampah menggunakan pita pelekat, yang mana mempunyai lubang antara tirai tersebut.

Ia bagi membolehkannya memeluk anak perempuan dan ibunya yang terpisah selama berminggu-minggu dengan selamat.

Pada masa sama, kesemua mereka juga memakai topeng muka dan sarung tangan.

Lara, dari Medway, Kent membuat kejutan itu pada anaknya menerusi sebuah tingkap. - Metro UK


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung