Nuffnang

Monday, June 8, 2020

Perggh !!! Pelajar tak kisah digelar ‘pengemis zaman moden’ setelah dapat peluang naik kereta Mustang Wak Doyok -


Pelajar tak kisah digelar ‘pengemis zaman moden’ setelah dapat peluang naik kereta Mustang Wak Doyok - “Janji harus ditepati”

Syakir memerlukan 20,000 retweet untuk merealisasikan impiannya.

IMPIAN bakal menjadi nyata!

Begitulah gambaran kisah seorang pelajar tingkatan empat yang menyahut cabaran 20,000 retweet (ulang kicau) bagi membolehkan dia menaiki kereta mewah Mustang Shelby GT500 milik ikon fesyen terkenal, Wak Doyok.

Menurut Ahmad Syakir Mohd Ghani, dia sekadar suka-suka sahaja membalas Insta Story Wak Doyok sebelum mengajukan satu soalan kepadanya.

"Wak berapa retweet dan like untuk saya naik kereta wak?" soal remaja yang mesra disapa Syakir itu.

Setelah dimaklumkan dia perlu mendapatkan 20,000 retweet, dia segera berkongsi perkara itu di Twitter dan sehingga kini sudah mencapai lebih 31,000 retweet.

Bercakap kepada mStar, Syakir mengakui Wak Doyok sudah tahu mengenai perkembangan itu dan waktu untuk merealisasikan impiannya akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Syakir tak terlepas menerima komen negatif di Twitter.

"Saya DM (direct message) Wak Doyok pada hari Jumaat. Random je sebab nampak dia post pasal kereta. Tak sangka dia akan balas, sebab dia ada ramai pengikut.

"Lepas dah capai 20,000 retweet, Wak Doyok kata kepada saya janji harus ditepati, tapi waktu belum set lagi.

"Saya sebenarnya memang minat kereta Mustang. Saya juga follow Wak Doyok sebab fesyen," katanya yang menetap di Putrajaya.

Dalam sokongan yang diterima di Twitter, ada juga segelintir insan yang mengambil perkara itu dari sudut negatif.

Dedah Syakir, ada yang meredah-rendahkan usahanya termasuklah yang menggelarkan dirinya sebagai 'pengemis zaman moden' di laman sosial itu.

Perbualan DM antara Syakir dan Wak Doyok.

"Ada yang negatif, cakap saya meminta populariti. Tapi saya tak layan.

"Biasalah kalau nak berjaya, ada orang nak jatuhkan kita," kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Syakir terharu atas kesudian Wak Doyok yang sudi merealisasikan impiannya.

Kata Syakir lagi, dia juga tidak menolak seandainya ada rezeki untuk membeli kereta Mustang suatu hari nanti.

Malah katanya, dia cukup gembira dan terharu atas kesudian Wak Doyok yang sanggup memenuhi permintaannya itu.

 Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung