Misteri! Tak buat tempahan tapi terima penghantaran piza setiap hari selama 9 tahun
SEORANG lelaki menerima penghantaran piza sebanyak 14 kotak sehari dalam tempoh sembilan tahun.
Namun yang peliknya Jean Van Landeghem berkata dia tidak pernah membuat pesanan terhadap semua piza tersebut.
“Tiba-tiba seorang penghantar makanan menyerahkan berkotak-kotak piza kepada saya tapi saya tidak pernah membuat sebarang pesanan, ” katanya.
Pada awalnya dia hanya menjangkakan berlaku kesilapan pada alamat penghantaran piza tersebut.
Namun penghantaran tersebut tidak terhenti sejak itu dan terus berlaku selama sembilan tahun.
Katanya, penghantaran piza itu diterima daripada pelbagai cawangan restoran makanan segera berdekatan.
“Ia boleh berlaku pada hari biasa atau cuti hujung minggu atau bila-bila masa saja. Ada juga penghantaran diterima pukul 2 pagi, .
“Saya berasa terganggu. Setiap kali saya terpaksa menolak penghantaran tersebut supaya tidak dikenakan sebarang caj” katanya.
Jean bagaimanapun berkata tindakan tersebut mungkin dilakukan individu tidak bertanggungjawab dikenalinya yang mahu membuat prank terhadap dirinya.
Dia turut menghubungi polis berhubung insiden itu tetapi mereka tidak boleh melakukan apa-apa. - Dailystar mStar!
No comments:
Post a Comment