Nuffnang

Friday, August 7, 2020

Wow !!! Wanita cemas jumpa ular tedung dalam tab mandi, semua angkara suami!


Wanita cemas jumpa ular tedung dalam tab mandi, semua angkara suami!

Seekor ular tedung dijumpa dalam tab mandi. Foto Silverfox Snake Rescue/ SWNS

SEORANG lelaki membuatkan isterinya berang selepas meletakkan seekor ular tedung di dalam tab mandi.

Bangkai ular tersebut ditemuinya di tapak pembinaan bangunan.

Andre du Preez, 54, dipanggil untuk menangkap ular sepanjang enam kaki (1.8 meter) selepas tempatnya diganggu dan terancam akan mati kesejukan.

Pembekal perkhidmatan penjara itu kemudian mengutip ular tersebut pulang ke rumah dan memanaskan air untuk menghidupkannya semula sebelum menyiapkan tangki kaca untuk haiwan itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyedari isterinya, Tossie, 55, telah pulang awal ke rumah, dan hanya mendengar jeritan isterinya, sebelum kedengaran pintu bilik mandi dihempaskan.

Bapa dua anak dari Western Cape, Afrika Selatan itu telah menangkap ular selama 35 tahun dan menyelamatkan 250 hingga 300 reptilia setiap tahun.

"Tossie kata saya sepatutnya membuat satu bilik mandi sendiri di dalam rumah untuk menyimpan ular.

"Dia kata kalau terjumpa lagi ular dalam bilik mandinya, habislah perkahwinan kami selama 32 tahun," katanya.- Daily Star

Tq Msatar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung