Nuffnang

Saturday, November 14, 2020

Keluarga saya kecil, memang tak larat nak makan” - Suka-suka berkebun, sekali ‘keluar’ labu botol gergasi... isteri gembira walau jadi tukang tabur benih

 


Kalavathy (kanan) dan suami menunjukkan labu botol gergasi yang ditanam di rumah mereka. foto ihsan Kalavathy Rasalingam

WOW! Besarnya, begitulah tanggapan pertama apabila melihat sebiji buah labu botol gergasi hasil tanaman pasangan suami isteri berbangsa India

Foto mereka memegang labu botol yang besar itu dimuat naik di laman sosial sehingga menarik perhatian ramai.

"Wahh pakai baja apa tu. Besar betul buahnya," komen seorang netizen.


Wanita berkenaan, Kalavathy Rasalingam berkata, tanaman itu berbuah di kediaman mereka di Taman Setapak, Kuala Lumpur sejak April lalu ketika negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.



Antara tanaman labu botol yang membesar di halaman rumah.

Wanita berusia 47 tahun itu berkata, pada masa itu dia dan suami bercucuk tanam hanya untuk suka-suka di halaman rumah bagi mengisi masa lapang.

"Semasa PKP, kami sekeluarga banyak menghabiskan masa dengan berada di rumah. Jadi, kami mula bercucuk tanam di laman untuk hilangkan rasa bosan.

"Suami saya ni kalau bercucuk tanam semua menjadi je dan subur. Saya tukang tabur benih saja, suami yang banyak jaga dan siram pokok," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Kala, katanya, pelbagai tanaman lain turut segar menghijau di halaman rumah mereka seperti jagung, kacang botol, tembikai susu, pokok mangga, pokok daun kari, pokok daum kesum dan pokok daun kunyit.



Kalavathy menunjukkan kacang botol yang turut ditanam di rumahnya.

Mengenai buah labu botol, ahli perniagaan itu memberitahu, terdapat tiga biji kesemuanya yang mana salah satunya telah disumbangkan di sebuah kuil dekat Batu Caves, Selangor.

"Kuil ini setiap hari selalu beri sumbangan makanan kepada orang susah dan memerlukan, untuk waktu pagi, tengah hari dan malam.


"Jadi, dengan kedatangan Deepavali, kami beri sumbangan satu biji labu botol kepada mereka pada Khamis untuk persiapan lebih awal mereka.

"Kalau masak kari dal dan labu botol ini dijadikan ramuannya selain kentang dan lobak, ia boleh dimakan untuk kira-kira 100 orang," ujar ibu kepada dua anak itu.



Suami dan anak-anak bersama-sama menjaga tanaman.

Kalavathy yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini berkata, ini merupakan sumbangan labu botol mereka yang kedua kepada kuil yang sama.

"Labu botol ni cepat membesar dan bila membesar, saiznya besar sangat antara 4 hingga 5 kaki panjangnya.

"Ada sebiji buah lagi kami biarkan matang kerana benihnya akan kami berikan kepada mereka yang nak, berkongsi hasil tanaman bersama orang lain," tambahnya.



Kalavathy menyambut Hari Deepavali bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Menurut pengusaha pusat rawatan kecantikan dan kesihatan ini, mereka sekeluarga menyambut Hari Deepavali secara sederhana di Kuala Lumpur.

"Setiap kali Deepavali, kami membuat persiapan dengan hidangan nasi beriani, kari kambing, ayam masak merah dan udang masala.

"Keluarga saya kecil, kalau simpan labu botol gergasi tu untuk kami saja memang tak larat nak makan. Jadi buat apa membazir?

"Lebih baik kami sumbangkan di kuil untuk kegunaan lebih ramai orang yang lebih memerlukan, sama-sama merasai sambutan Hari Deepavali," katanya.

grup Telegram mStar!


1 comment:

Lone ranger pomen said...

Kat rumah aku, layan jugak la tanam2 pokok ni. Tapi pokok buah. Sayur tak minat walaupun senang dan cepat dpt hasil. Sebab tak makan pun. Rumah aku sayur tak laku.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung