KONTRAK Jese Rodriguez bersama Paris Saint-Germain (PSG) ditamatkan enam bulan lebih awal, susulan skandal seks membabitkan pemain itu.
Pemain berusia 27 tahun itu didakwa bersikap curang terhadap pasangannya dengan bersama rakan modelnya.
Beliau turut dirakamkan berada di sebuah parti Gran Canaria, di sebuah pulau di Sepanyol, bulan lalu, tanpa melakukan penjarakkan sosial dan tidak memakai pelitup muka.
Langkah PSG menamatkan kontrak penyerang kelahiran Sepanyol itu berikutan presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi tidak mahu kehidupan peribadi pemain itu menjejaskan imej kelab tersebut.
"Paris Saint-Germain dan Jese telah bersetuju untuk menamatkan kontrak pemain itu, yang akan berakhir pada 30 Jun 2021.
"Berusia 27 tahun, anak kelahiran Las Palmas (Kepulauan Canary) itu tiba di Paris pada musim panas 2016. Dalam jersi Merah dan Biru, Jese bermain 18 perlawanan dan menjaringkan dua gol, dalam semua pertandingan, membantu memenangi satu Kejuaraan Perancis (2020), satu Coupe de la Ligue (2017) dan satu Trofi Juara-Juara (2017).
"Paris Saint-Germain mendoakan Jese semoga maju jaya dalam karier profesionalnya," menurut kenyataan PSG. - Mail Online
No comments:
Post a Comment