Nuffnang

Monday, February 15, 2021

Sebak Cerita Chef Ni!!nak sara keluarga, cef hadapi dugaan PKP... sekeping capati pun tak laku – “Lepas tular naik mendadak 100 keping!”

 

Kejar 2 kerja sehari nak sara keluarga, cef hadapi dugaan PKP... sekeping capati pun tak laku – “Lepas tular naik mendadak 100 keping!”

Mohd Nizam (gambar kecil) yang berpengalaman sebagai cef membuka gerai capati. (gambar kiri) Tiada pelanggan di medan selera akibat PKP sebelum ini.

PENGUMUMAN kerajaan yang membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara dine-in atau makan di premis dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula 10 Februari, sedikit-sebanyak membuatkan peniaga kecil khususnya menarik nafas lega.

Namun, siapa sangka keluhan seorang anak kepada penjual capati di laman Twitter pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak netizen.

"Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.


"Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow gila," tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.



Berpengalaman dalam bidang masakan kira-kira 25 tahun.

Pemuda berkenaan, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Pada masa sama, dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

"Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

"Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah," kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.



(gambar kanan) Farhat (kanan) turut membantu bapanya (kiri) di gerai.

Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakar pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Bapa kepada dua anak itu memberitahu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.

"Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga

MOHD NIZAM ABU BAKAR

"Oleh itu, saya perlu memikirkan cara lain untuk memperoleh pendapatan sampingan bagi menyara keluarga, dengan membuka gerai capati," katanya yang berusia 44 tahun.

Selain itu, Mohd Nizam yang berasal dari Merbok, Kedah turut berpengalaman menyediakan sajian buat jemaah Malaysia di Arab Saudi dan perkapalan serta beberapa hotel di negara ini.



Mohd Nizam mengehadkan pengeluaran 100 capati sehari bagi menjamin kualiti.

Di peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.

"Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga," ujarnya.

Bagaimanapun, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.

"Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

"Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti," katanya.



Walaupun SOP dengan syarat ketat, ramai pelanggan menikmati capati susulan posting yang tular.

Bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.

"Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung